AS Homestay Melaka

Assalamualaikum...

Cuti sekolah bakal tiba lagi..Anda merancang nak jalan2 cari makan di sekitar Melaka?

Anda mencari tempat tinggal @ homestay di Melaka?

Jom menginap di AS Homestay yang terletak di Ayer Keroh Melaka.




Maklumat lanjut..boleh layari   


Persekolahan di Abu Dhabi

Nope...anak2 masih belum bersekolah di sini. Anak sulung dah selamat dihantar pulang ke msia last week. duduk dgn atuk nenek n makteh dia kat Melaka. Masuk balik sekolah lama dia kat SRIM Bukit Katil.

Yang dua org lagi, sepatutnya tahun ni darjah 3 dan darjah 4. Malangnya nama masih lagi dalam waiting list. Mula2 pergi katanya ada kosong, lepas tu dokumen tak cukup plak. Adalah 6 kali suami berulang alik nak settlekan hal sekolah last2 kena tunggu.

Takkan takde sekolah lain kat sini. Ada. Banyak je sekolah kat sini. Tapi memandangkan kami bukan Emarati, bukan rakyat tempatan, anak2 tak boleh sekolah biasa @sek kebangsaan kat sini. Terpaksa daftarkan anak2 ke International School.

International school pun banyak, Ada Indian international school, British International school dan lain2. Boleh google je semua list sekolah keluar. Tempat kerja en suami provide dhs40k untuk sesi persekolahan anak2 untuk setahun. Memandangkan anak kami yang nak sekolah 2 orang, kenalah cari yang yurannya dalam 20k setahun untuk seorang. Punyalah mahal kos nak sekolahkan anak2 kat sini.

Dalam banyak2 sekolah yang kami cari, mestilah lokasi pon kena masuk kira. Malangnya sekolah yang yuran rendah dan dekat dgn rumah semuanya full. So, kami pilih Gems Cambridge International School. http://www.gemscambridgeinternationalschool-abudhabi.com/

Nak tgk jumlah yuran dan juga silibus bolehla klik link di atas. tgk semua requirement yang diperlukan. Masih menanti untuk tunggu kekosongan. Sementara ni duk jela umah anak2. Nak buat mcm mana kita hanya merancang...

Our weekends getaway 6-7 feb 2015



Abu Dhabi - Masafi - Fujairah - Sharjah


Negara UAE kalo terlihat dalam peta tidaklah besar mana. Perjalanan kami ke Fujairah antara negeri belah utara UAE hanya memakan masa kurang dari 3 jam. Fujairah, bandar bersempadanan dgn negara Oman. 
Memandangkan kami tinggal tak lama kat negara ni, kesempatan musim winter kami penuhkan dgn aktiviti2 jalan2 sekitar UAE. Nama je winter, tapi kejap je sejuk beranginnya antara nov-jan. Masuk je bulan feb, bahang panas pun dah terasa.

Kami tak beli pun kete kat sini, kalau dekat2 biasanya amik teksi je. tapi utk perjalanan jauh macam ni kami sewa kereta di Europa Car kat Maziyat Mall. Harga sewa dalam 65-75 dirham sehari. Perjalanan 2 harini isi minyak tak sampai seratus pun pergi balik. Nama stesen minyak pun pelik2. takdela shell ke Bp ke yg paling banyak jumpa adalah Adnoc. YG penting sama mcm stesen minyak kat msia ada minimart, toilet juga surau.Tu pun jauh2 stesen minyaknya. Nak berjalan makesure isi minyak penuh2. 

Perjalanan ke Masafi makan masa sejam setengah jer.

 

Kami singgah solat Jumaat di salah satu masjid di Masafi


Masjidnya kecik je tapi sangat selesa. Bacaan masa solat pun Subhanallah sungguh merdu. Mak Jemah duk tunggu orang lelaki solat jumaat pun khusyuk dgr bacaan Imamnya.

Selesai solat, kami singgah ke Masafi friday market. Nama je friday market tapi hari2 pun bukak. Antara kedai2 yang ada, kedai karpet, periuk belanga, gerai buah-buahan juga nursery pokok2 tanaman.






Penjualnya tak friendly langsung. Kalo tak beli kat kedai tu diorang tak bagi parking depan kedai. dihalaunya kami tak bagi parking dpn kedai. Sabo jelaa. Memandangkan sakit jiwa dgn penjual yg awal. kami singgah beli karpet je dua bidang. Alang2 dah berjalan ke sana takkan taknak beli apa2 kan. Tu pun macam kena paksa je suh beli brg diorang. Nasib baikla en suami dah biasa deal dgn penjual2 tegar ni. harga kami dapat 3x ganda murah dr harga awal diorg nak bg. Cekik darah betul. hati2 yer, kalo taknak beli jgn pandai2 nak tawar2 harga. tak macam Msia, tawar2 tak beli pun tak apa. Makesure korang dah survey awal2 apa yg nak beli, dah tau harga paling murah boleh dapat. Kalau tidak senang2 je diorang add up price.

Dah kelaparan kami singgah jap pekan kecik Masafi. Konon nak tgk pergunungan air mineral masafi tapi tak jumpa ceruk mana ntah. tiba2 nampak restoran nasi mandhy. So singgah lunch. Pic makanan takde plak, ada dlm hanset en suami. Tapi puas hati makan satu family dalam dulang dgn ayam sekor, salad, sup total cuma 40++dirham je. Sedap menjilat jari. Rasa sebijik nasi mandhy kat Palmyra masa duk UK dulu. Terubat rindu.

Dah kenyang kami teruskan perjalanan ke Fujairah. Sejam lebih je dah sampai hotel penginapan kami. Al Diar Siji hotel Fujairah.


Pemandangan dari bilik hotel, sekitar bandar kecil Fujairah. Petang tu kami pusing2 bandar, lepat jap tepi laut @ corniche Fujairah n cari tempat makan dekat hotel.



Sekitar Fujairah, esoknya check out terus ke Sharjah. Perjalanan makan masa 2 jam sebab terstuck dalam jem kat bandar Sharjah. Kebetulan hari cuti, kete banyak n trafik light. jenuh nak tunggu satu2. 
So, bawah ni gambar pemandangan sepanjang perjalanan dari Fujairah ke Sharjah.




Antara masjid2 sepanjang perjalanan rupa semua sama je semua.




 Sampai je Sharjah, nampak university of Sharjah dulu. Antara Universiti yg paling bagus kat UAE ni.


Pusing2 bandar last2 kami stop kat Blue Souq je. Kedai pun banyak tutup sebab sampai dalam pukul 2. diorang bukak 4pm. sempatla snap dr luar jer. Settlekan solat semua and duduk lepak makan dekat dpn souq ni. 





Dah rehat kejap kami pun continue perjalanan ke Dubai. Singgah Global Village Dubai sblm balik semula ke Abu Dhabi. Cerita kat Dubai kalau rajin adalah. ni pun jenuh nak menaip n susun gambar. 
Thank You for reading.
adios amigos :)


Salam Tahun Baru 2015 dari UAE

Assalamualaikum....

Selamat tahun baru..wah wah lama sungguh naa tak update blog..banyak na kisah berlaku tahun 2014 nan lepas. nak throwback rasa macam tak berapa nak rajin la plak.

Teruja tak baca tajuk kat atas..haha. Tahun lepas dah selamat mendarat kat bumi UAE ni. Ye..buat kesekian kalinya kami berhijrah pula ke bumi Abu Dhabi. En suami dipinjamkan ke Abu Dhabi Universiti selama 2 tahun bermula sep 2014.

Kami baru jer turut serta ujung nov aritu. Dtg jap 2 minggu pastu balik msia sebab ada exam n colloqium. Last week baru balik AD balik.

So, this is our new year update. Rasa tak berapa nak rajin dah update blog. Thanks buat yg sudi jejak wpun takde apa2 perkembangan last few month.

Tgkla kalo rajin, I ll share our life n experiences here..ngehngehngeh ntah bila la gamaknya yer tu...

Sampai sini dulu..Tata


For Sale

Assalamualaikum semua,

Sempena nak sambut bulan Ramadhan al-Mubarak ni, ahkak nak buat sesi pengemasan rumah sikit..Memandangkan masa akak nak balik dr UK dulu, kontena ahkak kosong, so en suami telah membeli dua set dining table Italian. Ada dok terperuk dalam bilik ni haa..ahkak tak tau nak campak mana.. huhu

So, dengan ini ahkak nak jual satu set dining table yang kaler merah gojes ni. Condition adalah sangat good as per used item kan. Adala sikit calar masa transport masuk keluar kontena dulu tu. Tapi Insyaallah condition still tip top.

Permukaan meja pun licin bak seludang yer, akak lapik alas meja, lapik plastik ye dek non2 semua. Kalau ikutkan hati memangla sayang, susah weh nak beli ni. import dari uk tau. sobsob. kalau umah mama dekat, lama dah campak sana.

So, dengan ini ahkak umumkan harga adalah RM1500 sahaja. Sebiji meja, 6 biji kerusi (2 ada lengan). Boleh rujuk gambar yer. COD area Melaka. Pick up sendiri yer. Kalau nak ahkak carikan transportation pun boleh jugak cuma kosnya tak taula berapa yer.

For serious buyer only..ahkak taknak la korang email2 tanya tapi sekadar tanya jer, tak serius pun nak beli. Sape2 yang serious tu meh email ahkak at asma119@yahoo.com. Kita boleh nego2 lagi sampai terjual meja ni yer. Harga tu masih boleh kita runding yer dek non. Kalau betul2 minat nak beli, boleh datang tengok kat umah.,boleh test duduk pegang.. kusyen pon still empuk. Yang luar dari Melaka pun kalau minat pun boleh juga cuma kena arrange transportation sendiri la kot.

Kot ada family member, mak ayah dok Melaka, nak bagi present sempena nak raya nanti pon boleh. Antik wooo ini meja. Lain dari yang lain tau. Ok guys. thank you for reading ;) Yang minat cepat2 email. Once its gone..its gone...



Tips of the day, ironing

Entri kali ni dibuat khas utk my sis dan kawan2nya yg rajin dtg jengah tapi tak penah pun tinggalkan jejak. Terima kasih ye semua 

so tips pertama ialah longgok semua baju 2 yang nak di gosok di area menggosok anda

pastikan anda dah settlekan benda2 lain sblm anda start menggosok. cth kalau pagi, siapkan sarapan awal2, jemur kain siap2 br start fokus utk aktiviti ini.

utk mudah dan cepat, sediakan 2 ruang, satu alas kain selimut ke cadar, satu area ironing board.

saya suka gosok seluar sambil duduk.sebab seluar dewasa tak muat atas board
senang nak gosok tak caya?tryla buat dulu.

tips cepat gosok seluar:

lipat 2 seluar, kemudian gosok bhgn atas. settle, tbalikkan seluar gosok bhgn bawah pula. tgh2 takyah gosok. haha ni tips cepat, percayalah tak berbaloi pun kalau korang nak gosok belah dalam tu. Tapi kalau tak puas hati, nak gosok jugak..silakan..tak sape pun larang kan..


Ni gosok sambil duduk, cepat je siap.




Sila gosok seluar aje dulu..susun ikut bahagian masing2. Kata nak cepatkan..Zaassss siap sudah sederet seluar. ni utk seminggu ye x 4 orang. pengsan nak gosok banyak2 ni. nasib baik hari pj tak yah pakai baju sekolah. jimat sehari kat situ. hehe

Pastu sila beralih ke ironing board anda ye. Tadi dah lenguh pinggang membongkok, sekarang boleh bangun dan berdiri. ni tips kalo nak gosok banyak2 ye. nanti takdela sakit2 pinggang. 



Kita mulakan dengan baju bapaknya. sila gosok lengan dahulu dan diikuti dengan bahagian2 baju yang lain. Bahagian baju ni kalo nak gosok kena guna ironing board, sebab dia ada banyak lekuk2 baju tu. Pandaila korang ejas. nak gosok depan dulu ke belakang dulu ke. yang penting mak gosok lengan dulu, pastu kolar dan dikuti bahagian depan baju.



Dah siap, jerit nama anak2 suh diorang angkut kain baju diorang ni gantung dalam bilik kat tempat masing2..haha mak ai tarzan lak jerit2 panggil anak..uhukuhuk. adatla kalo jadi mak tu..


Ini adalah faktor paling penting. 
Sila lah melabur membeli iron yang paling cepat memudahkan kerja anda.
Dalam banyak2 iron mak memang puas hati guna iron dari jenama Philip ni.
Yang penting cari yang ada steamer, set siap2 kalau untuk gosok baju cotton.
 Cepat je hilang kedut dia tu. Kiranya sekali gosok je dah cun.
see jimat masa kat situ.
Sediakan juga sejug air supaya kalo habis cepat2 boleh refil air.
Semenjak guna iron ni, tak pernah lagi terbakar baju ke seluar ke kain ke. sangatla puas hati.
Harga pun takdela mahal sangat. Dalam seratus lebih jer.

Tu je la tips of the day
Sorry na
mak sibuk siapkan literature
huwahuwa


Thanks for reading
ada tips lain? share2 la juge
sharing is caring <3 p="">


Kek-tempahan area jb

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

huhahuha
Rajin mak mengupdate lately ni
Bila dah berkecimpung dalam dunia research ni, mak semakin minat dengan bidang penulisan..ngehehe
Bukan nak menulis novel ke cerpen
tapi rasa macam nak bercerita, berkongsi rasa..
Kadang2 banyak nau idea datang, mencurah2 tapi malangnya mencurah ke daun keladi.
asal nak taip je terus hilang..apa yang aku nak taip tadi?..erkkk
haishhh
maafkan akak ye dek non
Akak manusia biasa yang kadang2 hilang pokus dalam berblog.


*******

ehh dah melalut2 plak dah..
Ni nak habaq mai..
Nampak tak gambar kek banyak2 bawah ni..
walllahh so tempting kan..
adus rasa cam meleleh2 je air liur..
korang2 yg puasa tu, sabar noo
leh cepat2 order yer.
Malangnya tempahan ni utk area2 JoHor BaHru dan kawasan sekitarnya sahaja.

Maafkan hamba.
bukan hamba yang buat semua kek2 yang gojes ni
Kek adalah homemade
100% dari air tangan seorang wanita Muslim
Insyaallah bahan2nya mestilah dari sumber yang halal, bersih lagi menyucikan

Pendek cerita, 
ni semua hasil tangan my sis punya kak ipar
dahlah tuannya cantik, comel, 
kek yang dibuat pula sungguhla sedap menjilat jari, 
mata tertarik dek kekreatifan design2
semua pakej lengkap

Puas hati sesangat sebab memang kalau time besday, wedding, semua pon oder dengan dia ;)






Anda Berminat?
Nak buat suprise tuk mum, dad, anak, sedara mara, best fren, rakan2 opis, dll
Tempahla sekarang

Anyone area jb/singapore yg interested to order any cakes/cupcakes/cookies for any occasions can directly wassap Nadia@ Yaya @ +60111 954 6124
.

Boleh request any design..inshaallah puas hati 


notakaki: 
entri ni bukanlah iklan berbayar, ni terbit dari hati nurani kami yang menghargai bakat puan buat kek ni..yummiehhh.
 p/s: kak ngah, nak kek free ;)..hehe




Handbag - how did you organize it

Wahh topik tak menahan harini. Banyak ke handbag korang? Mak Jemah ada banyak gak handbag. Biasala nama pun perempuan. Pantangla kalau tengok benda cantik2. Tak kirala baju ke, tudung ke, kasut ke termasuklah handbag. Memang benda2 ni hari2 pakailah kata orang. Lagi2 kalau korang jenis yang berkarier ni. Kenala jaga penampilan kan. Ni ha ada satu web jual  handbag murah

Hadoi mak aiii. Rambang mata seh. Banyak pulak design cantik2 harga pulak sangatla affordable. Lagi2 sekarang dah masuk musim Rejab. Pejam celik, pejam celik dah Syaaban, Ramadhan terus Syawal. Korang takyah susah2 nak berebut membeli belah kat Sogo ke Aeon ke time sale. Klik je link atas tu. Macam2 ada sesuai sangatla nak melaram hari raya nanti. 

Shopping, shopping jugak. Mana korang letak handbag korang yang banyak2 tu. Mak Jemah masih mencari2 cara yang sesuai nak simpan2 bag ni. Maka hasil googelan jumpa la gambar2 seperti berikut.


Simpan dalam drawer plastik, 
mudah nak amik
sesuai bagi anda yang suka tukar2 bag setiap hari

Mak Jemah ada beli yang macam ni. Tapi bila try pasang, macam tak sesuai ajer..huhu
kena tgk jenis pintu jugak. kadang2 ada pintu yang rapat sangat ke lantai pun susah nak pasang.


Yang ni mak Jemah suka, bebas habuk, lutsinar, kemas
Malangnya tote bag yang besar2 macam tak muat je

Kalau ada tips2 yang menarik, Pls share yer. Akak sumbat je dalam almari. Nak kena cari cara yang sesuai nak simpan supaya tak bersepah. Pasni nak beli handbag baru lagi. Kenala uruskan dengan lebih kemas dan teratur. 

*Bajet handbag banyak macam retis..ngehngehngeh 


  
Okla korang jangan lupa klik link atas tu. Wahh bestnya kalau dapat grab satu. Reward untuk diri sendiri laa apa lagi. Go grab 1. Ada yg sesuai untuk organizing gak tau..gi klik klik..

Thank you for reading ;)


Susunatur pin tudung dan jarum peniti, for traveling

Assalamualaikum,

Wah ada pembaca tegar rupanya blog ni, hehe
Demi menghargai keprihatinan dan kesungguhan korang membaca,
harini adik manis nak up satu entri buat korang yang suka susunatur ni.

Idea asal adalah dari my sis, yaya
Kredit to her, memang berbaloi2 bawak dia gi shoping kat Mahkota Parade last month.

So, Inilah dia tin kecik comel, bunga2 ala inggeris gituh
Comelkan, cutekan..


Boleh isi pin-pin kecik, jarum2 peniti dan yang sewaktu dengannya.
Boleh isi banyak lagi ni..


Harga tersangatlah murah 
Memang mampu milik punya


Apalagi, boleh pergi terjah Kaison
Macam2 design ada
Kalau korang jenis pakai brooch besar ala Fareeda tu, boleh amik tin yang besar sikit
Sangat sesuai buat travelling, sumbat dalam handbag pun tak makan banyak space.
Happy Organizing ;)




Cabaran Bulan Mac & Apr :: Family Area > susunatur sioca


Penaja cabaran ni








Ruang keluarga kami merangkap ruang tamu je. Sinila area kami berkumpul seisi keluarga. Ruang menonton, ruang borak dan sebagainya. Multipurpose bak kata orang putih.
 
Anak2 suka tgk tv, kalo boleh nak mkn pun dpn tv. Ada je dining table kat sebelah ruang ni. Agaknya meja tak best, best lagi mkn duduk bersila kat bawah. Kalo dah jadi ruang mkn juga, boleh tak bayangkan keadaannya...bersepah! Penat mak nak mengemas, sampai tertangguh2 nak wat entri ni.

Belum lagi sofa tu jadi tempat lap tangan, tempat landing kaki. Phewww tiap2 minggu mak basuh sarung sofa. Kdg2 mak letak kain alas. Kejap je terletaknya. Pastu hilang jadi selimut dek budak2 ni.

Bukan takat sarung sofa, carpet pun kena selalu basuh, jap air tumpah, jap susu. Ada anak kecik gitula.
Bila masa je ruang ni kemas dan bersih? Lepas 10pm dan subuh hari je.

Bila anak2 dah tido baru mak start mgemas, susunatur, mop lantai. Tapi temporary je keadaan ini, balik je sekolah start huru hara balik, dgn stokin, beg sekolah, bekal air, buku2. Huhuhu nangis mak.

Tak habis lg nak cerita tentang ruang ni, ni ruang tido jugak kalo family datang. Biasanya yg perempuan tido dlm bilik, jadinya yg bujang2 sinila tempat diorg lepak, tgk tv, bertenet juga tido.

Bukan takde ruang lain, kat atas ada je fmly hall. Tapi conditionnya agak panas kat atas tu. Tempat mak simpan susunatur buku2 je kat situ. Wah tetiba entri jadi pjg pulak. Ni la ruang keluarga mak yg tak seberapa. ;-)



Ruang tamu kecik je


Ruang favourite seisi keluarga



Ni bekas drop barang2, mmg ada kat atas tv.
 Kalau ada tamu mengejut datang, kutip2 semua masuk dalam ni


Ni basket sebelah kabinet tv, semua2 pon isi dalam ni jugak



Yang ni khas untuk anak2, Balik sekolah campak semua dalam tu. 
Storage kotak2 beli kat Kaison rm9.90
Kabinet putih beli kat Giant masa sale rm18

April

Assalamualaikum...

Bersiaran buat sekian kalinya. Bulan terus berganjak ke april. Dah 11hb pun. Macam mimpi harini tiba2 nak update blog. ngehehe

Seminggu berlalu, Anak2 silih berganti demam. Demam tonsil. Bawa klinik tak baik2 terpaksa bawa pergi pakar. Dugaan Allah beri. Baru perasan budak2 ni dah besar. Jarang2 sakitnya. Maybe nak bagi peluang dekat dgn mereka. Fizikal je besar, tapi mereka masih lagi anak2 kecil.



Ye. Sejak keje dan sambung belajar ni, rasa macam tak berapa nak terurus rumahtangga. Al maklumlah dah lama jadi suri rumah. Tak siap keje boleh tangguh2. Boleh buat petang2. Bila dah terbiasa dengan rutin, amik masa nak berubah.

Alahai sungguhla rindu nak blog walking, blog hopping, nak share makeover, susunatur, deko2 dan lain2.

Macam mana ye, kamu2 mak2 yang bekerja, masih ada lagi masa nak menulis dan berblog. Maybe boleh share. :) Insyaallah moga diberikan kelapangan masa untuk terus menulis, mencoret di blog. Sayang nak tutup blog ni, anyway thank you buat yg sudi singgah. Moga ada yang bermanfaat tuk kalian. Jumpa next month ;)

*Update 26/3/14 all sold exclude undomestic Goddess & shopaholic abroad >> Spring cleaning- english novel for sale

Salam dear readers,
Hujung minggu kemas2 umah, susun sisih barang. Ada few item yg nak letgo. So start with my novel2 ni. Ada sape2 nak tak? Nak letgo murah2 je. Satu buku rm 15 termasuk pos. Kalau nak beli lebih pon bole. Ada diskaun lagi. Sape minat boleh email ke asma119@yahoo.com. Nak book kat komen ni pon boleh jugak. Utk yg betul2 nak je ye. First come first serve <3

Good Reading

March

Nak share dengan kamu2 semua..such a good input on organizing. Happy reading :)

http://www.apartmenttherapy.com/what-not-to-do_1-168836

2014 yang barakah

Assalamualaikum...

Yuhuuuu
lama tak bersiaran.
ada yang rindu ker?
wahwah..I miss u guys..miss blogging..huhu

sempat baca blog korang2..tapi tak sempat nak mengomen.
Life agak kelam kelibut sejak nov lepas.
nak blogging rasa takde apa nak share
umah still macam ni
takde improvement

nak share tips2 travelling,
tapi bila nak taip
tiba2 blurrr

maybe this blog will remain silent for a while
Thanks for dropping by



Lot of Love

Salam Muharam...

Assalamualaikum...

Wah lama sungguh tak bersiaran. Akak sibuk sikit menguruskan hal2 nak sambung belajar. Huhu..dah tua2 ni nak belajar balik after 10 to 11 years. Mati kutu. Kena start all back from scratch. Mana nak isi borang, mana nak jumpa orang tu, orang ni..huhuiii..nak baca blog korang pon x menyempat. Tahun baru hijrah ni, mohla kita dgn azam baru. Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahat. Please do pray for me. Moga diberikan kekuatan mengharunginya. 

Lama dah tak share dgn korang idea2 deko or organizing. Nak share sikit wall deko kat living hall. Yelaaa tak mampu nak deko guna frame2 kufi yang bombastic cam kat umah korang tu. Akak beli frame ikea je. Tu pun pesan kat my sis yg dok ulang alik kl dulu. 

Saiz paling besar kot kirim kat adik

Poster2 yg dibeli masa jalan2 ke London few years ago

Setelah dimasukkan dalam frame


Hasilnya selepas digantung.

Pehhhh lama betul nak up gambar2 ni..haha sebenarnya nak adjust buh kadbord hitam dalam frame tu. tak cantik plak nmpk. Bila gantung gambar senget2 nak kena glue jugak sikit. Entah bilalaa nak ngejasnya. Any idea lain, Jom share!



Oktober...tahniah pemenang susunatur sioca cabaran september

Lama akak tak update blog. Rasa macam sibuknya la hai..blogwalking pon kadang tak sempat..apatah lagi nak komen entri korang. Komen kat blog sendiri pon akak tak terjawab..masuk email akak publish terus je. Tapi akak baca yer. Akak pon tak tau, apa laa yg akak dok sibuk sangat dua tiga minggu ni..nak kata make over umah tak jugak..adalaaa dok mengemas yg biasa2 je..lama dah tak masuk entri kemas mengemas deko mendeko ni..

Pejam celik dah masuk bulan 10 yer. 20 hb ni genapla setahun akak balik msia..masih lagi rindukan bumi sheffield nuuu...rindu yang tak terungkap dek kata2.. 

Anyway akak nak ucap tahniah buat pemenang susunatur sioca..


sapa yg menang no4 tu..cecepat email akak alamat yer..senang bila2 ada kelapangan akak terus pos je.  Yang tak menang hadiah pon tahniah sebab berjaya mensusunatur rumah korang di samping berkongsi tips2 yg kadang2 tak terpikir pon idea2 canggih korang tu. 

Buat seketika, akak maybe hibernate untuk blogging. Terima kasih buat yang sudi follow blog akak yg tak seberapa. Jengah2 la entri lama akak yer..kotla ada idea2 yg boleh bantu anda2 organize.   

Till we meet again..lot of <3. Xoxo