Ads

Dia dah start dah..


Tinggal tak sampai seminggu lagi dak ni nak masuk 5 bulan..kalo letak niarap dah boleh berpusing telentang..mula2 start ngan angkat punggung dulu. Sejak dah pandai berpusing ni, dak ni dah start buat perangai..taknak tido kat bawah macam biasa, biasanya kalo lepas nyusu letak tepuk2 tidurla gak dalam 2 jam..pagi ngan ptg time abg2 pegi school..aman sbb umah sunyi..harini langsung tak nak tido bwh..harini umi tak produktif lgsg tapi boleh update blog sambil riba dak kecik ni..

Keranamu ovalette

Dah lama tak jenguk belog sendiri. Sajela tgk2 kot2 ada tetamu dtg melawat..ramai jugak rupanya tapi bile kenen2 banyak yg di luar kawasan. Sekali check2 trafik naik sebab orang google pasal ovalette..haha terima kasih ovalette..keranamu duit nuffnang ku dapat 0.25 sen..hahaha..orang berblog..ko pon nak berblog..org letak nuffnang, ko pon nak letak nuffnag tapi malas nak maintain(malas nak taip)..harap adik beradik baca..non adoo sebab masing2 sibuk ngan fesbuk..medan komunikasi yg lg pantas kt sana so blog tinggal hangat2 tahi ayam jek..blog ni berupdate bila rajin..huhu haru..anyway thanks sbb sudi singgah baca..hopefully adala yg bermanfaat utk korang..

4.2.2012 - snow turun lagi


lebih kurang jam 1.40pm, elok je turun dr kete nak ke rumah Zaahirah, ada housewarming..terasa titisan titisan salji putih..hehe tak lama lepas tu makin lebat dan tak berhenti2 hingga malam..nikmat ciptaan Allah dapat juga kami merasa, mungkin snow terakhir buat kami sblm pulang ke Malaysia tahun ni.

sudah 4 bulan




Yer empat bulan sudah berlalu..empat bulan jugala blog ni tak berupdate..Subhanallah cepat sungguh masa berlalu..dah pon bulan feb tahun 2012.. anak terunaku yg keempat nak masuk usia empat bulan..ada hanbag kecik ni lagila tak rajin nak berblog..ni pon tiba2 rasa rindu nak menulis balik..

Si cilik Arif Fahmi nama diberi. Ayahnya berkenan sangat ngan anak kak Yani nama Arif, budaknya sungguh bijak bercakap, comel dan hensem. Memandangkan kami pon tak plan nama anak lelaki, nama tu rasanya sesuai sangat dengan hari kelahirannya iaitu hari Isnin. Arif lahir jam 8.30 pagi. Ya Allah..sungguh tak sangka beratnya masa lahir 3.73kg..sunggulah besar dan debab..overdue satu hari je pon, edd asal 2 okt 2011 lahir 3 okt..abang2nya dulu berat sekitar 2.9kg dan 3.2kg jer..padanla masa mengandung rasa tak larat sangat mcm membawa bebanan yg sungguh besar..dan memang keluar2 pon rasa selambak je bila midwife letak atas dada..Alhamdulillah dia lahir dalam keadaan yg cukup sihat dan sempurna..Syukur

Sejam lepas lahir, dlm labour room lg ni..
3 Okt 2011



3 Nov 2011- sebulan
kena skin infection masa ni..muka merah2

3 Dec 2011- 2 bulan


7 Jan 2012- 3 bulan


2 feb 2012
esok saya 4 bulan


2 Oktober 2011

Genap usia kandungan 40 minggu
Tarikh keramat..tarikh due utk bersalin
masih belum ada tanda2 baby nak keluar
Penantian suatu penyiksaan
Biasanya pengalaman dgn anak2 sblm ni,
semua dah lahir sblm minggu ke 40
yg ni, ku tak tahu bila
1st time pregnant kat UK
mungkin sebab
corak pemakanan kat sini berbeza dgn Msia?
negara 4 musim?
mkn beras basmathi sepanjang kehamilan?
adakah sebab
jarak yg agak jauh dengan abg no3
tiada jawapan yg pasti

Ya Allah, kau permudahkanlah kelahiran anak ke 4 ku ini..
Doa2kan kami yer..


Salam lebaran..

Raya di Sheffield jatuh hari Selasa,
30hb Ogos 2011
puasa tahun ni 29 hari je
harini
dah raya keempat
takde semangat nak raya tahun ni
tak prepare ape pon
baju recycle tahun lepas
kuih raya buat sejenis
dah habis mkn sendiri anak beranak
diri sendiri dah 35 w 5 hari
tinggal brapa minggu je lagi ni
gambar tahun ni pon tak banyak amik
huhu
besok ada open hall
kena tangkap gambar byk2 wat kenangan
mungkin tahun ni tahun terakhir raya kat Sepil
hopefully tahun dpn dah dapat raya kat Malaysia

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN
DR KAMI
DI SHEFFIELD



16 Ramadhan...


Alhamdulillah. Sudah pun separuh dari bulan Ramadhan telah berlalu. Seakan waktu begitu pantas berlalu. Hajat nak berpuasa penuh tahun ni tak kesampaian bila saya demam urat, nose bleeding dan juga dah rasa sakit2 dek Braxton Hicks contractions. Kesihatanan bertambah baik dan dah jumpa pon midwife for 33 weeks appointment. Semua tanda2 biasa kehamilan, nose bleeding sebab perubahan hormon manakala ketegangan perut atau nama omputihnya Braxton Hicks memang biasa berlaku, kadang2 awal kadang2 lewat kehamilan.

Jarang dan agak payah dah nak update blog sejak netbook kesayangan diserang virus. Nak upload gambar pon berkurun lama nak tunggu..last2 entri2 yg dah separuh taip saya delete jer. Mati terus niat nak update blog. Sangat terharu bila ada yg baca. Terima Kasih yer.

Berpuasa di perantauan tahun ni dah pon masuk tahun yang ketiga. Tahun ni agak mencabar apabila hampir 18 jam berpuasa. Memandangkan puasa tahun ni jatuh pada bulan 8 dan masih lagi dalam waktu summer di UK. Cuaca agak panas dan berangin. Alhamdulillah kedudukan Sheffield yang berada di North Yorkshire, suhunya tidakla terlampau panas maupun terlampau sejuk. Cuma kala hujan turun, suhu jatuh dan agak sejuk membuatkan perut mula berkeroncong jugak. Nak tau waktu kami bersahur, berbuka dan berterawikh? boleh rujuk jadual di bawah.
Kadang2 tido kejap je dah kena bangun sahur. Itulah Nikmat yg Allah bagi kami rasa bila duduk diperantauan ni. Cuaca dan suasana yg amat berbeza.

calendar_1432_rahman


Tiap2 tahun kat sini pasti ada majlis tadarus Al-Quran. Tiap kali bulan Ramadhan kami akan bergilir2 rumah untuk bertadarus. Agihan juzuk2 pon dah bagi siap2 ikut kawasan masing2, Tinsley, Darnall, Fifth Park dan City Centre. Memandangkan tahun ni ramai komuniti melayu tinsley yg dah pon pulang ke Malaysia, adalah beberapa kerat je lagi yg tinggal, kami hanya mampu bertadarus hujung minggu je. Jadila bila berkumpul ramai2. Insyaallah akan ada majlis Khatam Al-Quran anjuran PMPMS, Persatuan Mahasiswa Sheffield ni pada majlis berbuka puasa minggu depan.

Gambar semasa sesi tadarus dan tazkirah pada bulan puasa tahun lepas


Biasa kalo berbuka pon masak sendiri jelah. Ada komuniti melayu Manchester buat Bazar Ramadhan, tapi agak jauh drpd tempat kami. Biasanya masak yg simple2 dan ringkas je. Alhamdulillah memang takdela berlaku pembaziran sangat. Berbuka puasa pon sangatla meriah kat sini. Tiap2 hujung minggu ada je jemputan berbuka. Biasa kami bawak potluck kuih muih. Memang meriah. Pasti rindu dgn suasana macam ni bila balik Msia nanti. Sabtu lepas berbuka ramai2 kat Restoran Khasmir. Banyak je kedai2 makan Pakistan, Arab yang halal kat sini. Tapi kalo dah tekak melayu tu, suka lagila masakan kita sendiri. Sekali sekala bolehla.



Berbuka puasa dirumah ruhil tahun lepas


Berbuka puasa di rumah Kak Ann

Gambar2 adalah drpd gambar Ramadhan tahun lepas sebab Ramadhan tahun ni takde org amik gambar. Cameraman & camerawoman sudah pon pulang ke tanah air. Tinggal separuh aje mereka2 yg berada dlm gambar di atas akan tinggal di bumi Sheffield ni. Kredit all pics to Faddly
Kenangan terindah yang akan diingati sepanjang hayat