Excited tengok blogger2 susunatur dapur masing-masing. Tak boleh jadi ni, rasa serabut sangat tengok dapur yang bersepah dan kelam kabut kat umah sendiri. So, ujung minggu aritu buatla operasi susun sisih sikit.
Gambar sebelum
Pehh rumah sapela yang bersepah sangat ni..tu yang dok berangan nak kitchen kabinet yang proper. Jeles tengok rumah orang lain cantik2 huhu...sabar sabar..insyaallah one day..yang ada ni kita organize betul2. Masa mula2 masuk rumah ni dulu, pakai jelaa kain alas mana yang ada. Itu yang nampak macam2 kaler, hijau ada, biru ada, towel pon ada. Sayang weh para ni..bukan para sebarang para ni. Tu yang kena alas lagi2 kalo letak kat dapur. Memang kompomlaa kotor. Inilah realiti kehidupan sebenar. So dengan semangatnya...mari kita buat kitchen makeover...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dan hasil selepas
Yeay
Nmpkla ok sikitkan
Masa balik jb minggu lepas, jalan2 plaza angsana, saja masuk Kamdar, skali nmpk plastik alas meja. Belila semeter, rm5. Cukup2 je guna untuk makeover para ni. Kenapa guna alas meja plastik ni? Sebab praktikalnya senang nak lap kalo masa guna blender tu terpercik ke ape ke berbanding kalo guna kain, leceh nak kena alih semua barang pastu nak kena cuci plak. Barang yang bersepah macam cling film dan plastik zip yg terselit celah2 para tu dah masukkan dalam raga purple tu. Dalam raga hitam putih tu, isi bawang2 ubi kentang juga halia kunyit. Tak taula berapa lama boleh bertahan macam ni sebelum bekas2 plastik tu bersepah atas lantai. Itula keje orang yang dok rumah ni tak pernah je abis.
Gambar bawah ni plak, rak yg letak rempah ratus tempoh hari. Ni gambar keseluruhannya.
Dapur rumah sekarang ni sekangkang kera je, 8 x 11" tapi dapur masa kat uk lagi kecik tapi selesa je nak masak..janji dapat maksimumkan sepenuhnya ruang yang ada..ada ruang nak prepare n ada ruang nak cook. Rindu dapur Siemens Close. Dapur tu tempat mengasah skill memasak dan membaking. Rindu nak buat kek coklat, brownies dan juga lasagna. Alangkah bestnya kalo dapat Kitchen kabinet cenggini ;)