Cabaran Bulan Mac & Apr :: Family Area > susunatur sioca


Penaja cabaran ni








Ruang keluarga kami merangkap ruang tamu je. Sinila area kami berkumpul seisi keluarga. Ruang menonton, ruang borak dan sebagainya. Multipurpose bak kata orang putih.
 
Anak2 suka tgk tv, kalo boleh nak mkn pun dpn tv. Ada je dining table kat sebelah ruang ni. Agaknya meja tak best, best lagi mkn duduk bersila kat bawah. Kalo dah jadi ruang mkn juga, boleh tak bayangkan keadaannya...bersepah! Penat mak nak mengemas, sampai tertangguh2 nak wat entri ni.

Belum lagi sofa tu jadi tempat lap tangan, tempat landing kaki. Phewww tiap2 minggu mak basuh sarung sofa. Kdg2 mak letak kain alas. Kejap je terletaknya. Pastu hilang jadi selimut dek budak2 ni.

Bukan takat sarung sofa, carpet pun kena selalu basuh, jap air tumpah, jap susu. Ada anak kecik gitula.
Bila masa je ruang ni kemas dan bersih? Lepas 10pm dan subuh hari je.

Bila anak2 dah tido baru mak start mgemas, susunatur, mop lantai. Tapi temporary je keadaan ini, balik je sekolah start huru hara balik, dgn stokin, beg sekolah, bekal air, buku2. Huhuhu nangis mak.

Tak habis lg nak cerita tentang ruang ni, ni ruang tido jugak kalo family datang. Biasanya yg perempuan tido dlm bilik, jadinya yg bujang2 sinila tempat diorg lepak, tgk tv, bertenet juga tido.

Bukan takde ruang lain, kat atas ada je fmly hall. Tapi conditionnya agak panas kat atas tu. Tempat mak simpan susunatur buku2 je kat situ. Wah tetiba entri jadi pjg pulak. Ni la ruang keluarga mak yg tak seberapa. ;-)



Ruang tamu kecik je


Ruang favourite seisi keluarga



Ni bekas drop barang2, mmg ada kat atas tv.
 Kalau ada tamu mengejut datang, kutip2 semua masuk dalam ni


Ni basket sebelah kabinet tv, semua2 pon isi dalam ni jugak



Yang ni khas untuk anak2, Balik sekolah campak semua dalam tu. 
Storage kotak2 beli kat Kaison rm9.90
Kabinet putih beli kat Giant masa sale rm18

7 comments:

cik hani said...

sama..ruang tamu pun jadi ruang keluarga jugak sebab space xde

Asma said...

itulah cabarannya. Kalau berdua ok lagi cik Hani, ini berenam ;)

IeRA said...

good luck

Asma said...

TQ Iera :)

Fizah said...

sofa tu.....sgt selesa tgknya...mmg nmpk kena sgt dgn akak yg penuh keayuan..=)

dan yg plg menangkap mata adalah bekas kaison n rak giant tu...ngam ngam soi je diorang digabungkan bersama..gud idea! =)

suri said...

salam perkenalan kak... murahnyer kotak-kotak kaison tu... sukeee...

Asma said...

Fizah,
Sofa tu mmg sangatla empuk, berebut2 anak2 nak baring tido kat situ

Suri,
Salam kenal. Berbaloi2, brg kaison mmg murah