Showing posts with label organizing. Show all posts
Showing posts with label organizing. Show all posts

Storage box ~ sharing ideas

Suatu ketika dulu, bila tiba musim bunga dan musim panas, aktiviti wajib kami setiap hujung minggu adalah menghabiskan duit di carboot. 



Bila bawak anak2 wajibla tiap2 sorang dapat habuan masing2. Kalau 3 orang, bermakna 3  mainan. Bayangkan kalau setiap minggu pergi carboot 4 x3 dah 12 jenis mainan. Maklumlah bila tiba musim sejuk, stay dalam rumah je, mainla mainan2 yg di beli waktu summer dulu. Hitungla pula tempoh masa tinggal di sana 4 tahun. Pengsan bila tgk mainan2 ni. Waktu packing nak balik dulu pon dah banyak sort out. Buang mana2 yang dah cacat, pecah dan patah. Masa ni mulala mencari2 idea macam mana nak simpan mainan2 ni semua. Tercetuslah idea guna storage box di entry ni

Memandangkan ramai yang masih mencari2 cara nak simpan mainan anak, maybe boleh guna utk barang lain jugak. Harini nak share sikit idea2 yg boleh diguna pakai. Sebenarnya hajat di hati nak beli rak berlaci macam ni. Sangat berkenan, siap dah beli 2 box besar kaler merah. Malangnya hajat tak kesampaian. Kena tunggu pergi ikeala baru boleh merealisasikan impian lama ni. My friend beli rak macam ni je utk susun kain baju anak2 dia. Nmpk menarik. Boleh juga buat extra storage kat dapur buat yang takde kitchen kabinet macam akak ni. Multipurpose you. 


Ini ada satu lagi idea yang boleh digunakan, selain storage, juga extra sitting. Atas tu boleh juga susun toys2. Tapi jenis berlaci juga. Ada mcm2 kaler, pink, hijau, birch juga putih. 

Yang ni pon sesuai sangat dan lebih murah. Cuma materialnya lebih soft dan kecik sikit. 

Semua ni dari Ikea, boleh tgk website nak lagi puas hati, pergi terjah ikea. Happy organizing ;)


Organize hanger


Biasanya bila basuh kain, makcik hanger baju2 yang nak di jemur. Maklumlah ahli keluarga ramai. Gantung dengan hanger jimat banyak space dan cepat kering. Bila dah angkat kain, ada selonggok pulak hanger. Sblm ni makcik letak dlm plastik. Mcm tak sedap plak mata memandang. Last2 makcik isi dlm laundry bag kecik yang tak pakai. Beli kat matalan uk dulu. Mcm2 dah guna laundry bag ni, sebelum ni isi toys anak2, la ni simpan hanger plak. Korang simpan hanger kat mana? Cer citer..


Workstation @ ruang kerja

Ruang keje en suami..hehe berzaman dah tak kemas..semua letak je atas meja. Belum ada semangat nak mengemas. Tak tau nak start dari mana sebenarnya. Longgok longgok...sekali haaa ambikkk penuh meja. Mula2 kutip semua sampah2 buang. Pastu susun buku2 fail2. Sort pensil, pen, surat, bil semua letak satu fail. Tak susun pon lagi. Letak setempat dulu janji meja ni clean and clear. Sambil2 tu lap la habuk2 semua. 

Pic before

After 3 hours menyusun menyisih..baru settle. Memang amik masa yang lama sebab nak cek semua resit2, bil2, masukkan dalam fail yang sepatutnya. Lap jam2 koleksi en.suami yg berhabuk tu. Wayar2 kamera, charger phone semua sumbat dalam kotak. Baru ada tempat nak letak printer. Lega sikit mata tengok. Lepas ni jangan ada plak yang nak letak macam2 atas meja tu. Penat makcik cleaner nak kemas. Toys pon banyak, mana datang ntah. Tempat ni paling susah nak manage, ada aje atas meja tu, suratkhabar la, majalah laa..hari2 nak kena check kemas. Makcik plak jarang guna space ni, tu yg malas je nak kemas. Dah kemas ni, tinggal nak maintain aje, harap kekal lama la mcm ni. Pasni projek rak buku pulak. Datanglah dikau semangat rajin.


Pic after