Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Oh My Daiso

Terlepas ke Daiso arini, beli bahan2 utk project mendeko dan project sewing la kekononnya..total kerugian 30 hinggit..makin lama kat dalam daiso ni makin banyak yang nak dikutip dalam bakul. Memang berhantu la ini tempat..kuikuikui

Jom shopping

Sesiapa yang berminat dengan baju peplum dan shawl, jemput jenguk my sis Fb shop http://www.facebook.com/pages/Kireina/179698312181541 atau klik sini

Hepi shopping ;)



Berjimba di Meadowhall..

Semalam anak2 tak balik makan lunch kat umah. Musyrif pergi school trip. Izzat amikkan dia school dinner. hehehe dah plan awal2 sebab nak gi shopping. Bulan ni lambat plak cik Abe bg elaun, dah nak masuk 10hb baru leh nak berjimba. Ingatkan ada lagi sale..banyak yg dah takde rupenya.

Dalam kul 11 pagi baru kuar umah sebab nak tumpang cik Abe yg nak gi Universiti. tunggu dia siapkan keje die dulu..lagi pon dia gi naik tram..bwk kete parking kat Debenham Meadowhall ni. Seberang jalan je dah nampak tram station. kalo pegi pagi2 ramai lg org, dia malas nak bersesak2 dlm tu..dah pergi lambat, harusla balik lambat gak. malam anak2 dah tido baru dia balik.

Sampai2 je isi perut dulu. Makan baked potatoes kat kedai Hey Potato, area2 Oasis. 1st time try mkn weekend minggu lepas. Macam2 topping ada dan yg penting halal dan sedap. haritu bawa anak2 mkn lepas cari kasut Musyrif..ni kiranya Brunchla sebab dah sarapan kul 8 pg..nak mkn tghari mcm tak lapo lg..kena isi perut dulu sbb kalo shopping time perut lapar paham2 jela. nak buat pembelian secara berhemahla katakan. kuikuikui..hehe dah lama tak dating berdua ngan cik Abe. Macam kosong je plak rasa sebab tak berebut makan ngan anak2. haha baru je pegi Meadowhall ni pegi lagi. Paham2 jela kalo bawak budak2 dah dapat yg diorg nak, merengek2 nak balik. Hajat memang tak sampai kalo nak shopping ngan diorg.

Lepas makan, kami pon berpisah. Cik Abe pergi tram station nak gi Uni. Hajat sebenar nak shopping baju baru..huhu baju banyak yg dah tak muat.Tempat pertama yg masuk of coz ler Primak. Kedai bajet tapi fashionable. Memang up to datela fashion2 diorg ni n harga pon tak mahal sangat. Dapatla rembat beberapa ketul..tenang betul shopping kali ni, org pon tak ramai. boleh berlama2an dalam fitting room. Teringat memori lepas balik keje ngan Ruhil ngan Kiah. Wajib singgah lepas balik keje..huiii syiok betul masa tu..pilih2 baju, shopping2..rindula plak ngan kenangan lalu.

Pas dah siap shopping kat Primak, kaki ni pon melangkah ler ke WH Smith. Cikgu Nurhafizah minta belikan buku2 phonics. So, nila masanya nak survey2. Tak banyak sangat la cikgu buku2 phonics, tapi adala jugak. Ada yg notes ngan CD, Buku nota kulit keras dan juge buku latihan. Saya lupela nak tanya cikgu nak yg mcm mana yer? notes ker exercise. kalo Cikgu baca entri ni, reply kat saya yer. Harga dalam gbp 4.50-6.00. Kalo nak beli online pon boleh gak, saya dah tgk kat Amazon, cam tak banyak pilihan jek. Rasa baik beli kat kedai sebab leh belek isi dalamnya skalik.

Pas dah tengok buku, singgah Mothercare. Ada sale ler. Cuci2 mata jek. sebab lum tau nak dpt baby boy ke girl. Pembelian brg baby ditangguhkan dulu. Tunggu summer sale nanti la kot. K. Su cadangkan Pumpkin Patch. selalu gak masuk tgk2 lum beli je lagi. Kena masuk dlm list ni. Kalo boleh baru2 lahir nak belila baju baru gak. Yg lain2 bole cari kat carboot sale. Perhh penat menapak dalam tu..mcm2 kedai sempat masuk, cuci2 mata jek.

Dalam kul 2 lebih dah start menapak balik ke Debenham. Jalan kuar nak balik umah. Jalan sikit, cross tram station, lalu tepi tasik , masuk terowong kuar terowong, dlm 15 min dah sampai umah. Semput weh nak menyampai ke umah. Masa shopping tak sedar kediri..heee sempatla rehat jap sebelum amik bdak2 balik school kul 3.15.

Gambaran kat bawah ni khas di tujukan wat Cik Naya. Nila tempat kami shopping selalu and kat Next tu la tempatku menonyoh dulu. Shopping mall ni dekat je ngan umah. Kalo drive kete, 5 min je sampai. Kalo jalan kaki dalam 15 min. Rumah yg kitorg duduk ni sebelah je M1 Motorway. Nampakkan tak jauh pon. Shopping mall ni dua tingkat jer. tapi besar ada kot mcm Jusco Tebrau. Mehla dtg sini cecepat, leh gi shoping sini..hahaha

map of meadowhall

ASDA

ASDA..nama yang sinonim dengan orang2 Britain..salah satu supermarket yang bersepah diseluruh UK...mana2 pon ada ASDA..Ibaratnya macam Tesco, Carrefour, Mydin di Malaysia..Memandangkan cuaca agak buruk sejak kebelakangan ni, nak keluar beli barang dapur pon susah..maklumlah nak memikul bimbit2 plastik yang sarat dengan barangan dapur meredah ketulan2 ais tu..huiii tak dapat nak dibayangkan..Kalo pergi supermarket pon, dapat dibayangkan sesaknya manusia nak memilih..alternatif lain, kita beli secara online je kat www.asda.com..order hari Khamis, hari Ahad baru sampai sebab delivery dah penuh untuk hari Jumaat dan Sabtu..

Delivery Lorry arrived..

Ordered Items

Our groceries

To buy or not to buy?

Dishwasher..kehendak atau keperluan?

Semalam ada majlis jamuan perpisahan sempena kepulangan K. Non ke Msia. Dah 2 tahun die dok di Sheffield ni, akan pulang for good beberapa hari lagi..sambil sembang2 tuh topik hangat smlm adlh ttg dishwasher..patut ke yer beli dishwasher ni..penting sgt ker benda ni..sblm ni takde, ok jek nak basuh pinggan dlm sink..tepuk dada tanyalah selera..hemmm kalo dipikir2, buat yg ada fmly yg ramai tuh mcm best jek kalo ada mesin ni..almaklumlah adik beradik ramai..plak tuh tak berapa nak rajin mencuci..(adik2ku, sile ambil perhatian yer)..bayangkanlah kalo satu fmly 7 org, mkn minum pagi, tgh, ptg ,mlm..tak ker penoh sink tu..tiba2 rasa nak beli satu bwk balik utk my mom..sekurg2nye ringn sikit beban kerja rumahtangga tuh..tapi bile memikirkan mana plak nak letak mesin ni?adoiii dah ler besar cam mesin basuh..silap2 nak kene wat paip air lain, tempat salur air keluar lagi..kalo umah sendiri, bolela nak tambah2 renovate ke hape ke..tapi kalo umah sewa????itu belum kire lagi nak maintain benda ni..mesti sekali sekala nak kene servis gakkan..cuci pinggan la katakan..kalo tak penuh lak bakteria2 lain..huhuu pastu tau2jela..bil elektrik..bil air pastinye meningkat lagi..
to buy or not to buy?????