Persekolahan di Abu Dhabi

Nope...anak2 masih belum bersekolah di sini. Anak sulung dah selamat dihantar pulang ke msia last week. duduk dgn atuk nenek n makteh dia kat Melaka. Masuk balik sekolah lama dia kat SRIM Bukit Katil.

Yang dua org lagi, sepatutnya tahun ni darjah 3 dan darjah 4. Malangnya nama masih lagi dalam waiting list. Mula2 pergi katanya ada kosong, lepas tu dokumen tak cukup plak. Adalah 6 kali suami berulang alik nak settlekan hal sekolah last2 kena tunggu.

Takkan takde sekolah lain kat sini. Ada. Banyak je sekolah kat sini. Tapi memandangkan kami bukan Emarati, bukan rakyat tempatan, anak2 tak boleh sekolah biasa @sek kebangsaan kat sini. Terpaksa daftarkan anak2 ke International School.

International school pun banyak, Ada Indian international school, British International school dan lain2. Boleh google je semua list sekolah keluar. Tempat kerja en suami provide dhs40k untuk sesi persekolahan anak2 untuk setahun. Memandangkan anak kami yang nak sekolah 2 orang, kenalah cari yang yurannya dalam 20k setahun untuk seorang. Punyalah mahal kos nak sekolahkan anak2 kat sini.

Dalam banyak2 sekolah yang kami cari, mestilah lokasi pon kena masuk kira. Malangnya sekolah yang yuran rendah dan dekat dgn rumah semuanya full. So, kami pilih Gems Cambridge International School. http://www.gemscambridgeinternationalschool-abudhabi.com/

Nak tgk jumlah yuran dan juga silibus bolehla klik link di atas. tgk semua requirement yang diperlukan. Masih menanti untuk tunggu kekosongan. Sementara ni duk jela umah anak2. Nak buat mcm mana kita hanya merancang...

1 comment:

nayfatimah rasyid said...

lain Negara lain caranya
well yg penting seronok dok dan belajaq kat Negara orang