Wardrobe organizing (part 2)

Sambungan dari entri pertama Wardrobe organizing.

Hasil selepas sesi menggosok. Nampaknya baju en. suami tak banyak perlu kan ruang. Belah atas pon dah cukup..hihihi, ruang bawah akan dimaksimumkan sepenuhnya nanti. Sementara masih ada space ni, letaklah dulu kotak tu. Ada baju yg tak muat pakai.



Mari kita tengok apa yang dah terisi kat bahagian atas plak,




Bahagian atas pula ada 3 compartment, bahagian pertama belah atas tu ada pump bed. Beli masa nak camping dulu. Rasanya tak guna sangat jadi letak kat para atas. Sebelah tu baju sejuk, letak sementara kat situ sebelum masukkan dalam plastik skali dgn baju2 tebal yang lain. Bahagian bawah, letak kain ihram dan jubah en suami, kot2 ada rezeki nak g umrah lg. Boleh bawa kami anak branak plak pasni. Sebelah tu my handbag collection. Handbag murah2 je, takde pon yang branded2.




Compartment kedua letak extra pillow..kalo sapa2 datang nanti pasang sarung je. Travelling bag, sepatutnya letak kat bahagian bawah sebab selalu guna, nanti tukar kemudianlah.




Bahagian atas ni, letak baju2 sejuk yang bawa balik dr Uk, ntah bila lg dapat guna, kalo setahun ni tak pakai kena buat preloved sale la ni. Sayang nak let go awal2. Bahagian bawah letak comforter dan cadar2 yg large size.


Benda paling penting,


Bangku biru yang banyak berjasa, senang nak letak amik barang kat bahagian atas tu, bukan boleh jengket2..

Okies dokies.. habis part master bedroom wardrobe, nanti kita organize kids wardrobe plak :)

2 comments:

Fizah said...

hola..kemasnya...suka!!!

ada kain ihram lagi..bestnya...

part baju sejuk tu..sgt kemas..letak dalam plastik ye..

bangku biru tu klu utk sy harus tak sampai jgk tu..almaklum comel orangnye..kehkeh

part beg travelling tu, sy pun letak kat bawah..tp makan space wardrobe...tgh carik idea guane nak buat...jom share idea!

Asma said...

Baju sejuk kan besar dan tebal, mmg makan space. Solutionnya guna vacuum storage bag. Ada jual kat daiso, dulu2 beli kat cosway. Insyaallah, boleh buat entri baru pasal storage bag ni ;). Bangku tu boleh guna takat level bawah tu je, yg belah atas kena panjat tangga gak..hihi