Hari ni nak share tips dari ustazah Isfadiah dalam rancangan Assalamualaikum, tv alhijrah. Topik berkenaan dengan Parenting style. Iaitu gaya keibuan bapaan dan asuhan kepada anak.
Gaya keibubapaan ni memberi kesan pada perkembangan anak2. Menurut ustazah lagi, gaya ibu ini berbeza dengan gaya ayah. Begitu juga dengan gaya datuk, nenek, begitu juga dengan gaya jika dibesarkan di rumah anak2 yatim. Setiap gaya membentuk kepada tingkahlaku. Gaya keibubapaan ini membentuk kepandaian sosial anak, bagaimana tingkahlaku mereka bermasyarakat juga membentuk personaliti dalam akademik.
Terdapat 4 gaya asuhan
1. Garang
Ibu bapa memberikan hukuman keras, menyakitkan.
Membuatkan anak menanam sikap dendam.
Contohnya jika anak melakukan kesalahan, kita terus pukul sampai berdarah. Anak-anak mudah ingat tingkahlaku ni. Asuhan gaya ini menyebabkan ibu bapa cepat respon pada tindakan anak2.
Komunikasi sebelah pihak dimana dialog berbincang kurang
2. Tegas
Kombinasi peraturan & perbincangan
Hukuman bersifat membantu anak cemerlang
Contohnya tak solat- jika anak berumur 10 tahun, maka wajarlah dirotan. Jika anak berusia bawah 7 tahun, terangkan dan bincang supaya anak itu tadi dapat qada solatnya.
Anak- anak dikenakan hukuman seperti menghafal surah2 pilihan. Masa diberikan seminggu untuk menghafal.
3. Manja
Anak tak dihukum. Ibu bapa tidak konsisten dalam gaya keibubapaan.
Komunikasi ikut cara anak. Senang2 je anak2 pijak kepala ibu bapa. Ibubape kurang bg respon bila buat salah. Contohnya, anak melompat di atas kerusi semasa tetamu datang berkunjung, mereka membiarkan aje..
4. Mengelak
Macam takde ibu bapa. Anak2 ibarat tiada ibu bapa yang dapat membentuk tingkahlaku mereka.
Gaya paling baik no 2. Tegas tak terlalu keras. Ada pilihan, akibatnya, cover balik kesalahan. Lebihkan Komunikasi, bantu serlah potensi, responsif. Pujuk bgtau silap, ajar yg sebenarnya. Galakkan kebenaran cegah kemungkaran
Nota untuk diri sendiri juga. Anak2 dah masuk kategori kedua 7- 14 tahun, so kena tegas. Kena ikut peraturan dan kena bagi penerangan. Paling penting komunikasi dua hala antara kita dan anak2. Moga kita menjadi ibu bapa yang lebih baik. Amin.
2 comments:
semuga sukses ibu! sy anak masih lingkungan 0-7 tahun..=)
Oh saya sudah tua ;).. Hihi anak bawah 7 tahun kena manja2 kan..tu yg payah bila ada anak dalam 2 group yg berbeza. Kadang2 yg bawah 7 tahun ni pon kita tegas macam abg2 nya..sudah silap..mari perbaiki diri :)
Post a Comment