Wardrobe organizing

Ok, entry ni bukan untuk menunjuk2 ke ape, cuma nak share macam mana nak urus kain baju dan kain kayan yg ada kat rumah ni. Membesar didalam bilangan adik beradik yg ramai, pengurusan kain baju memang memeningkan kepala. Start dari mula nak membasuh, okla sumbat dalam mesin, nak jemur, nak angkat, lipat, seterusnya menyusun. Ia adalah satu proses yang berterusan selagi kita pakai baju..selagi itula proses ni berjalan.
    Nak elak dari lambakan kerja2 mendobi, adalah digalakkan untuk cuci baju setiap hari. Delay means extra job for the next day. Ni utk kes yg kat rumah je, means no traveling. Kalo travel memang pitamla nak urus baju 6 beranak lg2 kalo bercuti seminggu :(. Ada yang tak kisah,hantar je kedai dobi. Itula pentingnya untuk kami yang beranak ramai untuk invest dalam membeli mesin basuh yg muatannya besar. Means boleh basuh banyak2 skali arung. Syukur menetap kat negara khatulistiwa ni, kain cepat kering. :)
   Lagi satu nak manage kain baju mesti ada tempat nak simpan. Dulu sebelum pergi uk, anak2 kecik, so space guna tak banyak. Almari pon guna ala kadar, beli yg mampu milik. Baju anak2 susun dalam bakul. Sekarang anak2 makin membesar, rasanya almari baju yang besar merupakan satu keperluan bagi kami. Senang nak urus. Wahhh panjang plak bebel, padahal nak tunjuk susunatur dalam almari jek...hihi..saya bukan fashionista, so wardrobe tak macam artis2... Haha poyo je..terima kasih sebab baca thesis saya harini..

Ni belah en. suami khas untuk baju kerja dia. Sebab dah hujung minggu, baju untuk next week tak gosok lagi, dok berlipat kat belah bawah. Kang dah gosok boleh update :) nampak macam belah bawah tu kosong, leh sumbat my tudung collection. Tunggu beli hanger tudung dulu.



Ni kabinet yg tengah, , kombinasi baju kami. Belah en. Suami kiri, mine kanan. Belah kiri tu, seluar jeans, t-shirt, baju tido & kain pelikat ( tak nampak sbb blkg kotak). Bawah dalam basket putih tu ada seterika. Bawah skali tu, kotak biru, my tudung n girl stuff. 
Belah kanan, baju tido, tshirt, seluar n skirt, kotak merah tu kosong xde ape lg. Last skali extra towel, cadar n pillowcase ( belah blkg towel). nampak naa baju mem besar lg byk. I is syg nak let go baju lama :( semua tu ada kenangan. Shopping baju ni release my stress staying at home. Boleh?


Ni my collection, sikit je kan. Haha maxi, jubah belah kiri, blouse belah kanan. Baju kurung tak banyak sebab kat uk sejuk n jarang pakai, adala beberapa pasang. Yang lama semua dah sedekah sebab lepas beranak pinak ni, pinggang dah membesar, tak muat. Huhu. Dalam kotak kuning dot2 tu ada shawl lama n tudung bawal tak pakai. My old collection, nak let go sayang. Almari lama kecik xde space, so tudung semua sumbat dalam kotak tutup purple tu. 
Hopefully boleh maintain kemas mcm ni. Rajinkanlah diri ini untuk istiqamah menyusunatur. Amin

Belah atas almari to be cont...part 2
Tq for reading
Tgkla satu kat bawah ni dulu :)


5 comments:

Fizah said...

super duper L.I.K.E!!!

like seriously...sgt inspired sy utk carik wardrobe mcm nih..yg part rak tu plg oh-sem!

berbaloi-baloi spend duit buat wardrobe mcm ni...! =)

Mama Lynd said...

Kemasnya... Ni yang bersemnagt nak kemas almari jugak ni. Tpi almari saya banyak and bersepah atas bawah.. Wahhh.. nak buat jugak..

**Anyway bleh tak removekan words verify untuk komen**

babYpose said...

salam, kemasnya, almari sy penuh dgn yg tak brp perlu.

Asma said...

Tq singgah sini, jomla sesama mengemas. Tips taknak nampak berselerak, gunala box. Part paling susah sebenarnya nak manage almari anak. Almari kita yg dewasa ni, time nak susun kain dlm almari, sambil2 tu boleh kemas :) yg penting, kalo yg confirm tak pakai tu, silala let go. Lagi banyak barang, lagi susah nak susunatur. ( me pon dlm proses declutter)

Siti Fatimah said...

suke..suke..suke...
kemas sangat.