Salam Isnin, Salam Syaaban
Baru boleh duduk goyang kaki santai2 after 1 week hectic journey. Cuti sekolah kali ni memang plan nak settlekan keje en suami melawat student2 yg praktikal di pantai timur. So, kerja sambil bercuti sambil balik kg lawat sedara mara. Hari sabtu dah siap2 pack kain baju sikit2 padahal nak bertolaknya hari Isnin. Makcik tak sempat nak buat semua dalam satu hari. Settle kemas baju, gosok baju, nak kena kemas rumah juga. Maklumlah seminggu nak tinggal. Memandangkan nak holiday 5 hari di 5 tempat yang berbeza, kain baju haruslah di susunatur dengan lengkap lagi sempurna bagi kami 6 beranak ni.
Baju anak2 dah siap asingkan. Ada 5 longgok baju untuk 5 hari. Siap2 set utk baju siang dan baju malam utk hari Isnin hingga jumaat.
Baju yang dah siap masuk dalam bag. Ada 5 bag kecik. Senang. Sebab journey plan kami :
Day 1- Gua Musang
Day 2- Tanah Merah
Day 3- Kota Bahru
Day 4- Kuantan
Day 5- Seremban
So, utk memudahkan pengurusan, satu hari, satu tempat, satu bag. Bila bermalam di gua musang, kami cuma keluarkan satu bag je, bag lain tinggal dalam kete je. Takdela nak angkut bag besar2 penuh baju kan. Cara ni lagi praktikal dan secara automatik baju kotor pon takdelah bercampur dgn baju bersih. Bila guna bag kecik2 ni sebenarnya senang nak susun dalam bonet kete, boleh selit2 sumbat2 sikit.
Selain 5 bag di atas, bag ni special sikit sebab bag ni wajib dibawa keluar tiap2 pit stop. Segala mak nenek toiletries dalam bag pink. Dan bag kecik oren hijau tu, isi ubat2an. Mana la tau tiba2 ada yg demam ke, selsema ke semua dah ada. Pergi tempat orang ni tau2 jela, mana nak menggagau cari klinik ke farmasi ke. Baik bersiap sedia dr awal. Selain dr tu, bag ni utk isi telekung n pampers spare dll yang dirasakan perlu.
Bila travel jauh2, lagi2 perjalanan yang makan masa 6 ke 7 jam ni, bekalan makanan dan minuman adalah wajib. Kadang2 nak berhenti beli kat petrol station slalu pun rasa tak berbaloi je. Sebelah kiri tu biasa letak bekalan air, roti dan jajan2 utk kunyah dalam kete. Biasa letak kat bhgn kaki, senang nak amik. Biasanya org letak dalam ragakan. Tapi makan space, makcik lg suka pakai bag ni, kalo tumpah air ke apa boleh terus lap. Nak cuci pon senang.
Bag yang sebelah lagi tu makcik isi towel spare. Biasanya kalo bermalam di hotel, dah provide towel kan, tapi hari kedua dan kelima tu nak bermalam rumah makcik dan adik ipar, haruslah ada towel sendiri, maklumlah kami ramai2 ni kan.
Ni baru cerita pasal packing, belum lagi cerita bila dah balik. Makcik bukak kedai dobi 2 hari berturut2. Kalau rajin makcik cerita.
4 comments:
ahaha..suka entri ni...sempoii...!
wahh idea satu tempat satu beg tu sungguh-sungguh baguslah kak!! blh dpraktikkan ni klu g byk2 tempat gitu kan..yeahh,,!! kongsi kisah dobi plak makcik!! hehe ;D
Banyak sebenarnya idea dan tips nak share cuma tak berkesempatan. Insyaallah 1 by 1 :)
Pusing separuh semenanjung tu!
Tahun 2010 dulu dah jelajah separuh semenanjung dari selatan ke utara, Melaka ke perak, pulau pinang, kedah, perlis..letih jugak berjalan stop2 gini, tapi dah biasa travel ok je, seronok
Post a Comment