Khalifa suites hotel and apartment Kota Bharu - hotel review

Khalifa inn hotel, tempat penginapan kami di Kota Bharu terletak betul2 di hadapan Masjid Muhammadi. Masjid yang safnya penuh sepanjang en suami bersolat jemaah di sana. Jelas kedengaran azan berkumandang. Nama pon depan masjidkan. 

Bersebelahan hotel, terdapat deretan gerai2 menjual pelbagai jenis jubah, kopiah dengan harga yang lebih murah. Di bahagian belakang hotel terletak restoran nasi ulam yang di katakan agak famous dan sedap. Malangnya kami tak sempat nak merasa disebabkan kedai tersebut dibuka sekitar 11 pagi. Kedudukan hotel juga agak strategik, hanya 10 minit berjalan kaki ke pasar Siti Khadijah yang femmes Amos tu. kalo drive kena pusing2 keliling bandar KB sebab jalan sehala. Parking di pasar ni pon agak payah, penuh sokmo n nak kena isi duit dalam tabung parking tu..kihkihkih kalo tak alamat dapat surat cintala dr org majlis. Kalo nak soping banyak, digalakkan bawak kete, jenuh nak pikul brg2 soping moping tu campur peluh2 kepanasan lagi. Maafkan ambe, takde gambar utk dikongsi :(

Berbalik kepada hotel tadi, biliknya agak luas. Pilihan utk family room. Ada banyak bilik lagi, boleh checkla dekat booking.com ke agoda ke dll. Rate yg kami amik ni bawah rm200 je. Berbaloi. Bilik ala2 apartment ni.

Ruang tidur yang sangat selesa, tilam empuk, aircond fully function

Kalo taknak sejuk, tutup aircond pasang kipas.Boleh tgk tv, bertenet, yg penting ada wifi yg sgt laju 

Ruang dapur. Ada peti sejuk mini, microwave, kettle juga toaster

Dining area. Comel utk org2 comel :)

Lupa nak amik gambar toilet. Ruang agak luas dgn hot water shower and mini toiletries. Recommended to stay. 







No comments: