Excited tengok blogger2 susunatur dapur masing-masing. Tak boleh jadi ni, rasa serabut sangat tengok dapur yang bersepah dan kelam kabut kat umah sendiri. So, ujung minggu aritu buatla operasi susun sisih sikit.
Gambar sebelum
Pehh rumah sapela yang bersepah sangat ni..tu yang dok berangan nak kitchen kabinet yang proper. Jeles tengok rumah orang lain cantik2 huhu...sabar sabar..insyaallah one day..yang ada ni kita organize betul2. Masa mula2 masuk rumah ni dulu, pakai jelaa kain alas mana yang ada. Itu yang nampak macam2 kaler, hijau ada, biru ada, towel pon ada. Sayang weh para ni..bukan para sebarang para ni. Tu yang kena alas lagi2 kalo letak kat dapur. Memang kompomlaa kotor. Inilah realiti kehidupan sebenar. So dengan semangatnya...mari kita buat kitchen makeover...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dan hasil selepas
Yeay
Nmpkla ok sikitkan
Masa balik jb minggu lepas, jalan2 plaza angsana, saja masuk Kamdar, skali nmpk plastik alas meja. Belila semeter, rm5. Cukup2 je guna untuk makeover para ni. Kenapa guna alas meja plastik ni? Sebab praktikalnya senang nak lap kalo masa guna blender tu terpercik ke ape ke berbanding kalo guna kain, leceh nak kena alih semua barang pastu nak kena cuci plak. Barang yang bersepah macam cling film dan plastik zip yg terselit celah2 para tu dah masukkan dalam raga purple tu. Dalam raga hitam putih tu, isi bawang2 ubi kentang juga halia kunyit. Tak taula berapa lama boleh bertahan macam ni sebelum bekas2 plastik tu bersepah atas lantai. Itula keje orang yang dok rumah ni tak pernah je abis.
Gambar bawah ni plak, rak yg letak rempah ratus tempoh hari. Ni gambar keseluruhannya.
See..I heart ikea ;)
7 comments:
woha!! cantek menarek debom!!
hehe..sukalaa alas plastik corak ckeckers tuh..
asma blh cerita pasal organizing even takde kitchen cabinet..mesti ramaiii nak tahu..
nti dah ada kit cab dah takdpt share cite susah senang skrg...(saye laa tu...rugi tak amek gambar organize dapur dulu-dulu kat umah sewa)
apapun..sy S.U.K.A entri ini! add dlm entri GA, jom!
eh lupa...ada perasan satu hanging basket putih tu..praktikalnya..beli mana?
Sukenya rak no 1 tu.
Tersusun n nampak praktikal.
Open and senang nk amik barang. Tiba2 dapat idea untuk dapur saya. Ada ruang sikit nak letak antara cabinet n fridge so bleh ltak benda2 yang selalu guna. senag capai. Thanks for the idea..
Alhamdulillah, sekurang2 nya ada juga idea yang orang lain boleh guna ;) asalnya para tu letak kat stor, tapi kat dapur kekurangan ruang, so gunala sementara. Bila open space macam ni, mmg kena extra rajin. Hanging basket tu mmg siap2 beli kat uk, tak jumpa plak kat sini.
rak hitam yang bwah sekali tu kat ikea kan? ok x rak tu? dulu nak beli tapi cam tak confident je sebab ringan.
Rak hitam grey tu dari ikea. Setakat ni dah guna almost 3 years ok jek. Sblm ni letak buku2. Kali ni paling berat letak 4 botol air seberat 5l tu, belum lendut lg ;). Lg satu, dia ada bg tali n paku untuk hold supaya stabil tapi tak pasang pon sebab suka pindah2 rak ni. :) janji kena sandarkan pada dinding.
Alaaa comelnyaaa...sgt clean and clear. Bygkan kita guna rak canni, alamat kenduri sakanla askar2 mak kat dapur. Meriah dpt munggah smua menda2.
Hahahaha..kat umah ni mmg ada sorang askar dok memunggah, tu yang ada tupperware, plastik je belah bawah. Memang bagi dia buat main je ch@.;)
Post a Comment