Tilam uk vs tilam Malaysia


Ni tilam beli kat uk tahun 2009 dulu. Dah 4 tahun berjasa kat sana, kami bawak balik untuk penuhkan kontena. Beli kat carboot dalam 200pound. Brand new ye. Kat carboot pon ramai je traders yg menjual, bukan takat org jual brg2 used aje. Ada je yg murah tapi kami pilih tilam ni sebab jurujual tu kata bagus untuk tulang belakang. Kalo perasan ada tulisan ortho kat atas tilam tu. Memang best, berbaloi rasa beli. Tilam yg kami beli ni saiz uk adalah king. Ramai kawan2 dah pesan, hati2 kalo beli tilam katil kat uk sebab saiz standard diorang tak sama dengan Malaysia. See..see..degil. Taknak dengar cakap orang. Huhu 

Katil maroon besi ni adalah katil lama kami beli waktu tinggal di muadzam dulu. Beli tahun 2003. Sekarang dah 2013. Dah 10 tahun beb. Kami beli skali dgn tilam masa tu. Katil ni size queen ya puan2. Katil ni letak kat bilik anak sebab diorang sharing tido berdua. Masalahnya tilam dah 10 tahun. Kalo tido tu terasa2 besi kat dalam tu. So, kami decide nak tukar tilam baru. Sian kat anak2 dan tetamu yg datang bertandang menumpang tidur di rumah. 

Nak dipendekkan cerita, memandangkan tilam yg kami bawak balik tu elok lagi, kami ingat nak letak yg tu kat bilik budak. Tilam baru letak bilik kami. Nak beli yang elok sikitla, maklumlah dah tua2 ni nak merasa la tilam yg mahal lagi selesa kan. Sekali, bila dah tukar tilam uk ke katil queen..terlebih sudah. Huwaaaa stress makcik. Lebih sikit je pon, 1/2 inc je kot. Tapi sebab katil tu ada besi lekuk belah depan tu dah jadi tak muat. Kalo paksa juga, boleh tapi tilam tu ada besi jd melengkung plak tilam tu. lebar dah ok, muat. Panjang plak yg lebih. Agaknya sebab faktor keturunan mat salleh yg tinggi, maka tilam katil diorang lg panjang. Boleh justify tak teori makcik ni. 

Plan tak jadi, terpaksala pindahkan balik tilam tersebut ke katil asal. Belum ada rezeki kami. Nanti cari divan barula utk tilam ni. Letak kat bilik bawah nanti. 

Ni divan set yg kami beli kat eBay uk. Dah nak setahun, baru sibuk pasang headboard. Ingatkan susah, rupanya pasang skru je belakang tu. Sap sap soi siap.

Ni pon set divan n tilam dari uk. Size double. Lagi kecik dari king uk atau queen msia.  Sila jangan beli bawak balik ye, sebab size nya lagi lebar dari size single biasa malaysia. Size ni mmg takde jual rasanya kat malaysia ni baik katil mau pun tilamnya. Umah kat uk dulu tak fullyfurnish. Tu yg kami terpaksa beli dan bawa balik. Hopefully dapat guna dalam jangka masa yg lama la. Susah nak cari tilam ganti. Nak kena tempah khas plak nanti.  

 Kisah syawal kami tahun ni. Tak habis2 lagi mengemas. Nak jemput tetamu datang umah pon segan. Rumah separuh siap.  Salam syawal semua :) thanks yg singgah n tinggal jejak.

3 comments:

Fizah said...

weehoo akak...salam aidilfitri..!! =)

Sumayyah Ahmad Hafiz Al-Arshadiy said...

Selamat hari raya kak asma :-)
Hurm
Mcm tu susah jg kan, nak let go pun payah la kalau saiz x fit ye dak. Kena customize katil la kot kan..tak pun akak buat bilik ala jepun je x payah katil dah.. ;)

Asma said...

Selamat hari raya semua ;)
Katil rasanya tahan lama su, yg tak tahan lama tilamnya je. Kalo let go tilam lama, maka haruslah let go katilnya skali lagi2 yg size double tu. pastu boleh beli yg baru..kikiki :)