Daiso - frame gambar

Ingat tak entri lepas, makcik terlepas ke Daiso? Makcik rembat 3 pcs frame gambar. Satu kaler biru dua lagi kaler putih. Memandangkan ramai yg update blog tentang frame gambar, mohla kita join sekaki. Up la satu entri arini...:)



Inilah hasil keras tangan makcik

Makcik compile gambar2 asal yang cikgu tampal dalam buku sekolah anak2, gambar passport, visa yang tak pakai. Kasi gabung semua. Daripada simpan dalam fail ke album gambar, elokla tayang kat bilik anak2. Tengok gambar2 diorang waktu kecik2 dulu..ohhh sungguh cepat kamu membesar anak..


Baru siap satu frame, gantung yang ni lah dulu. Lagi dua tu nanti2 aura datang baru boleh buat. Nak kena geledah dulu gambar2 yg ada. Dah kemas malas nak sepah2 cari lagi. Abaikanlah contengan kat dinding tu, anak2 makcik kreatip sgt, dah bagi kertas, dinding juga yg dicontengnya. Makcik nak kena cari cat utk dinding plak. Next projek, painting! hopefully sempat buat sblm Ramadan.

Bilik anak bujang, hihi tak kisahlah guna cadar bunga2 janji tido selesa. 

5 comments:

UMIE SUE said...

wahh..nak painting ye.good luck!

Fizah said...

awat sy tak jumpa frame gini kat daiso?? guna cermin plastik ke kaca tu kak?

btw, cadar tu sweet...;)

Asma said...

Tq umie sue, hopefully berjayala mengecat.
Fizah, frame ni ada tersusun belah atas rak2 area frame tu, ada kaler pink, putih n biru. Agak kecik bukan size a4 dan cermin plastik. Rasanya lagi selamat guna plastik kat bilik anak2.

Siti Fatimah said...

Canteknye frame kaler2. Nampak ceria..Daiso kat tempat saya tak banyak barang sgt.. =(

Asma said...

Benda2 macam ni kena rajin tengok, kdg2 time kita nak mesti takde, tak jumpa. Bila tak nak beli, ada aja..hihi tak semestinya daiso, kdg2 kedai 5 ringgit, tesco, jusco pon ada