Drop zone


Tempat campak barang


Atas kabinet je pon. Terletak tengah2 antara tangga naik atas dan dapur. Letak tray ikea beli kat carboot dulu 50p je. Area ni merangkap area ubat2an juga area bersiap2 nak keluar rumah..hihihi sebab ada compact powder juga pin serta brooch dlm mangkuk kecik. Tempat landing kunci rumah, kunci kereta, handset, purse. Nak keluar grab je semua kat situ, cepat cekap lagi pantas. Selain tu, letak jugak tabung train tu beli kat Penang tahun 2007 dulu. Rm20 je pewter plak tu. Duit syiling yg bersepah2 jumpa terus isi tabung. Praktikal kan. Letakla juga set 3 serangkai lilin wangi. Senang kot2 tiba2 nak candle light dinner kan..hihihi takde pon. Buat hiasan, sayang sebab dah lama tersimpan dalam kotak. Beli skali dgn tabung train tu dulu. 

Gambar keseluruhan drop zone area ni, rasanya vitamin2 tu kena isi dalam bakul baru cun kan. Lagi organize rasanya. Nanti kena make over lagi ni. Tambah mangkuk kecik isi kunci dan ketip kuku. Jom kongsi idea!

7 comments:

Fizah said...

comey tray ikea tuh!! drop zone sy kat bilik utama terus..ada laci..tp kalu nak segera drop, atas almari kasut yg kat ruang tamu saya tu tempatnya....takde letak tray ke apa..tp idea ni mcm menarik pulak..letak tray pun ok kann =)

Asma said...

Akak jenis keluar masuk rumah, amik anak sek dsb. Mmg kena ada drop zone, ingat nak buat depan pintu masuk tapi mcm bahaya, so letak kat area dining. Lebih terurus mcm ni, kalo tak bersepah2 atas meja makanla, kat kabinet tvla. Anak2 nak cari kunci pon dah tau kat mana:)

Norlidawati Jaafar said...

ehm menarik lah idea ni
saya biase letak dalam bakul je
kat tepi tv hehehehehe
hubby suka bersepah
dah de bakul campak je sume kat situ
saya ni newbies blogger
jemput ye meriahkan blog saya
umielman.blogspot.com

UMIE SUE said...

anak anak kecik ni tak dpt nk buat tray cam tu.ade je idea dia mencapai kang..hihi

Asma said...

Tq norlidawati dtg singgah. :) insyaallah akan jejak rumahmu jua.
Ini pon sebab ada anak kecik juga, letak atas almari tinggi, mmg tak sampai dia nak buat onar..hihi

Sufi Al-Arshadiy said...

Train yg comel dan praktikal. Dari syiling berterabur kan..blh amalkan sikap menabung jgk...great share kak asma. Confirm tiru pasni.hehe

Asma said...

Jom2..organize:)