Workstation @ ruang kerja

Ruang keje en suami..hehe berzaman dah tak kemas..semua letak je atas meja. Belum ada semangat nak mengemas. Tak tau nak start dari mana sebenarnya. Longgok longgok...sekali haaa ambikkk penuh meja. Mula2 kutip semua sampah2 buang. Pastu susun buku2 fail2. Sort pensil, pen, surat, bil semua letak satu fail. Tak susun pon lagi. Letak setempat dulu janji meja ni clean and clear. Sambil2 tu lap la habuk2 semua. 

Pic before

After 3 hours menyusun menyisih..baru settle. Memang amik masa yang lama sebab nak cek semua resit2, bil2, masukkan dalam fail yang sepatutnya. Lap jam2 koleksi en.suami yg berhabuk tu. Wayar2 kamera, charger phone semua sumbat dalam kotak. Baru ada tempat nak letak printer. Lega sikit mata tengok. Lepas ni jangan ada plak yang nak letak macam2 atas meja tu. Penat makcik cleaner nak kemas. Toys pon banyak, mana datang ntah. Tempat ni paling susah nak manage, ada aje atas meja tu, suratkhabar la, majalah laa..hari2 nak kena check kemas. Makcik plak jarang guna space ni, tu yg malas je nak kemas. Dah kemas ni, tinggal nak maintain aje, harap kekal lama la mcm ni. Pasni projek rak buku pulak. Datanglah dikau semangat rajin.


Pic after

8 comments:

JaJa_NoRLiza said...

sangat berbeza dari sebelum nya...gud job!

Fizah said...

okeyy..this is W.O.W..!! =D

sgt kemas the after picture...and meja tu uniklaa..beli or buat sendiri kak?

very gud project indeed!! jom semangat rajin, datangggglahhh...!!! ;D

SUHAIDA said...

after lebih baik.kn maintain ni..hihi..su pun ade part yg xkemas lg kt rumah tu

Asma said...

Malu nak tunjuk pic sebelum tu, hehe tapi dah penat lelah kemas, mehla kita share, bagi semangat sikit utk org lain mengemas jugak. Meja ni, meja ikea fizah. Para pon sama. Add in unit. Ikea kan suka jual barang asing2, tak pasti ikea msia ada ke tak, sebab meja ni beli tahun 2009 dulu, memang berbaloi guna, besar dan banyak space.

Fizah said...

sy sukalaa benda yg mcm utk letak folder tu..biasa tgk org ltk tudung periuk...tu pun ikea mari ke? patut share brg2 ni beli mana..nk sambarrr jugakkk...ahaha

Asma said...

Ni memang siap2 satu set. Cuma kena beli asing. Yg set para, folder, rak serta white board tu memang dah attach kat situ. Tinggal pasang jer :)

SUHAIDA said...

JOM TEMPAH HEADER BLOG DENGAN SAYA
HANYA RM5 DAN RM3 SAHAJA

NI LINK BLOG SAYA
http://suesukasusun.blogspot.com/2013/05/header-murah-rm3-dan-rm5-sahajacepat.html

ida said...

bestnya sis, suka tgk org wat organising nih