Wardrobe

Plan asal nak buat kitchen kabinet tak jadi, terpaksa ditangguhkan dulu sebab nak renovate sikit dapur tu, jadi kami buat keputusan buat build in wardrobe dulu. Selepas menunggu lebih kurang 2 bulan, jumaat lepas..selamat sudah pemasangan almari baju atau closet kat main bedroom kami. Pemasangan amik masa dalam 3 jam setengah jugak. Almari 8" x 11" kaler white and black gloss siap terpasang. Agak puas hati jugak walaupun ada sikit2 calar bila dah siap2 tu.

Kedudukan almari berdepan dengan bilik air

Kami pilih design pintu mcm ni sebab arif tak dapat bukak, handle pintu tinggi..hehehe kalo pintu sliding tu senang je dia bukak dan lambuk kain baju...kalo ikut ruang yg sempit ni, prefer amik pintu sliding tapi tak berapa praktikal untuk kami dan harga pon mahal sikit leer.

Gambar2 kat bawah ni, bahagian-bahagian dalam almari. Kami design ikut susunan yang kami rasa praktikal untuk kami guna. Lain orang lain style dan citarasa. Kot2 ada yang nak buat rujukan. Masih lagi dalam proses nak pindah masuk baju dalam almari ni, nanti dah siap, insyaallah saya share kan hasilnya. Kalo ada yang perasan, saya tak buat laci atau drawer pon untuk almari. Sebab ada idea lain. Nak guna drawer kat bahagian lain dalam bilik, maybe pengganti dresser untuk bedroom ni. Tu kena tunggu next projek ;) happy viewing, kalo ada yg nak komen, bagi cadangan untuk susunatur, adalah sangat2 digalakkan..







9 comments:

Fizah said...

Wowweee...tak sabar nk tgk after da susun baju...

almari kat bilik pun dah nak roboh..mtk dituka...blh cilok idea ni...skrg pki slding pintu...sy pun rasa pintu bukak biasa tu lg best..

brp rm psg builtin ni asma? Hoho tanpa segansilu bertanya..

Asma said...

Total rm2800, sebab mmg tinggi sampai siling, nak letak barang kat para atas tu memang kena panjat tangga. Buat kat Numberg kedai area cheng. Rasanya elok fizah minta quotation dgn sykt2 lain, kotla lg murah

Fizah said...

alemak mahal jugak tu..tp mungkin sesuai dgn ketinggian dia kan...dah sampai ke siling tu hah..hee..worite, if hubby minat, leh weols mtk contact dri asma! =)

Asma said...

Kami pon bayar separuh dulu, separuh bila dah siap pasang, jadi tak terasa sangat banyaknya nak keluar duit..ikut bajet, boleh diskus dgn diorg.

Puteri Satu said...

salam kenal dik..just nak tanya berapa bajet.. nak buat build in wardrob ni...

Asma said...

Salam kenal puteri satu :) total 2800 for 8x11 kaki.

Siti Fatimah said...

cantek nye wardrobe. Almari saya da uzur da. sob..sob..sob..
betul la, gune pintu yang mcm ni lg senang dr sliding.

.Lydia. said...

eh bestnye ade built in wardrobe.sya xmmpu nk bli lg.simpan dlm angan2 jela :)

salam kenal kamu.
jemput ke blog susunatur sya.masih baru
iturumahkecilku.blogspot.com

Asma said...

Salam kenal lydia, alhamdullilah after 11 years of marriage baru dapat build in cabinet ni :)