16 Ramadhan...


Alhamdulillah. Sudah pun separuh dari bulan Ramadhan telah berlalu. Seakan waktu begitu pantas berlalu. Hajat nak berpuasa penuh tahun ni tak kesampaian bila saya demam urat, nose bleeding dan juga dah rasa sakit2 dek Braxton Hicks contractions. Kesihatanan bertambah baik dan dah jumpa pon midwife for 33 weeks appointment. Semua tanda2 biasa kehamilan, nose bleeding sebab perubahan hormon manakala ketegangan perut atau nama omputihnya Braxton Hicks memang biasa berlaku, kadang2 awal kadang2 lewat kehamilan.

Jarang dan agak payah dah nak update blog sejak netbook kesayangan diserang virus. Nak upload gambar pon berkurun lama nak tunggu..last2 entri2 yg dah separuh taip saya delete jer. Mati terus niat nak update blog. Sangat terharu bila ada yg baca. Terima Kasih yer.

Berpuasa di perantauan tahun ni dah pon masuk tahun yang ketiga. Tahun ni agak mencabar apabila hampir 18 jam berpuasa. Memandangkan puasa tahun ni jatuh pada bulan 8 dan masih lagi dalam waktu summer di UK. Cuaca agak panas dan berangin. Alhamdulillah kedudukan Sheffield yang berada di North Yorkshire, suhunya tidakla terlampau panas maupun terlampau sejuk. Cuma kala hujan turun, suhu jatuh dan agak sejuk membuatkan perut mula berkeroncong jugak. Nak tau waktu kami bersahur, berbuka dan berterawikh? boleh rujuk jadual di bawah.
Kadang2 tido kejap je dah kena bangun sahur. Itulah Nikmat yg Allah bagi kami rasa bila duduk diperantauan ni. Cuaca dan suasana yg amat berbeza.

calendar_1432_rahman


Tiap2 tahun kat sini pasti ada majlis tadarus Al-Quran. Tiap kali bulan Ramadhan kami akan bergilir2 rumah untuk bertadarus. Agihan juzuk2 pon dah bagi siap2 ikut kawasan masing2, Tinsley, Darnall, Fifth Park dan City Centre. Memandangkan tahun ni ramai komuniti melayu tinsley yg dah pon pulang ke Malaysia, adalah beberapa kerat je lagi yg tinggal, kami hanya mampu bertadarus hujung minggu je. Jadila bila berkumpul ramai2. Insyaallah akan ada majlis Khatam Al-Quran anjuran PMPMS, Persatuan Mahasiswa Sheffield ni pada majlis berbuka puasa minggu depan.

Gambar semasa sesi tadarus dan tazkirah pada bulan puasa tahun lepas


Biasa kalo berbuka pon masak sendiri jelah. Ada komuniti melayu Manchester buat Bazar Ramadhan, tapi agak jauh drpd tempat kami. Biasanya masak yg simple2 dan ringkas je. Alhamdulillah memang takdela berlaku pembaziran sangat. Berbuka puasa pon sangatla meriah kat sini. Tiap2 hujung minggu ada je jemputan berbuka. Biasa kami bawak potluck kuih muih. Memang meriah. Pasti rindu dgn suasana macam ni bila balik Msia nanti. Sabtu lepas berbuka ramai2 kat Restoran Khasmir. Banyak je kedai2 makan Pakistan, Arab yang halal kat sini. Tapi kalo dah tekak melayu tu, suka lagila masakan kita sendiri. Sekali sekala bolehla.



Berbuka puasa dirumah ruhil tahun lepas


Berbuka puasa di rumah Kak Ann

Gambar2 adalah drpd gambar Ramadhan tahun lepas sebab Ramadhan tahun ni takde org amik gambar. Cameraman & camerawoman sudah pon pulang ke tanah air. Tinggal separuh aje mereka2 yg berada dlm gambar di atas akan tinggal di bumi Sheffield ni. Kredit all pics to Faddly
Kenangan terindah yang akan diingati sepanjang hayat

2 comments:

Norazita Binti Ab Aziz said...

subuh 3.29 maghrib 9.05mlm... Aduhai as.. semoga tabah berpuasa yer... dah 33 wks dah yer.. tak lama lagi dpt bb baru.. heheheh... bila yer as due..

Asma said...

Alhamdulillah Nor..buatla mana yg termampu..due 2 okt ni Insyaallah.