Europe trip - Day 1


Alhamdulillah..selesai sudah pengembaraan kami ke dua negara eropah iaitu Belgium dan Holland..Perancangan yg pada mulanya hanya bual2 kosong menjadi kenyataan. Keluarga kami berkonvoi dengan kereta bersama2 keluarga Syidi & Syida. Bermulanya perjalanan kami seawal jam 7.45 pagi ahad 10 april 2011 dari Sheffield ke Dover. Perjalanan memakan masa 4 jam lebih. Kami naik Seafrance Cruise dengan bayaran 83 pound return bagi sebuah kereta dengan 4 penumpang. Mamandangkan kami lebih sorang, Along tumpang masuk kete Tn Syidi.


Kami tiba agak awal dan menunggu kira2 40 min sbelum dapat naik cruise yg di book pada jam 2.15 ptg.


1st time naik cruise


Ruang duduk yang sangat selesa, macam lobi hotel pon yer..siap ada cafe, restoran, tempat games, kedai..

Perjalanan Cruise dari Dover ke Calais memakan masa lebih kurang 2 jam..sempatla kami berehat2 dulu, sblm en suami terpaksa drive balik kete dr Calais ke Brussel. Memandu pulak sebelah kiri, Kat UK drive sama mcm kat Msia, Kat europe plak terpaksa drive lefthanded. Agak terkial2 juga nak adjust masa mula2 tu..nasib baik highway, perjalanan pon takde masalah.

Dari Calais kereta2 dipandu agak laju..had laju max adalah 130km/hr. Bila dah masuk Belgium had laju max turun ke 120km


On the way ke Brussel

Pengalaman naik kereta yang sangat mengujakan..lain rasanya bila dapat menikmati pemandangan kiri kanan yang sangat menarik dan berbeza.



2 comments:

++Mr N and Mrs N++ said...

bagus jalan2 sebelum balik sini as. amik peluang yg dah ada tu hehe

Asma said...

Alhamdulillah ada rezeki nak berjalan, pergi mana2 yg sempat je ber..