English class

LearningEnglishIsCool.jpg (500×375)

Semalam attend class english kat English Language Teaching Centre(ELTC), Sheffield. Free english classes start last week sebenarnya, tapi tempat dah full kiranya nama termasuk dlm waiting list. Alhamdulillah dapat email kata diterima masuk. Kelas tiap2 hari selasa dan khamis start pukul 5 ptg-7ptg.

Hari pertama je dah lewat 5 min, maklumla first time, mana nak cari bangunannya lagi, nak cari kelas lagi, tapi staff2 diorg teramatla mesra alam..kedudukan bilik kelas pon diprintnya, siap tunjuk lagi, ni lift, lalu sebelah kanan ke kiri ke nak ke kelas..semuanya terurusla..1st impression pon dah bagus..

Kat sini memang tersangatla berbeza cara diorg mengajar..mula2 masuk terpikirla jugak mesti kematu punggung dok 2 jam dlm kelas ni..mesti boring..rupa2nya memang jauh berbeza..tak terdetik pon rasa bosan masa berada dalam kelas ni..sepanjang belajar bahasa Inggeris daripada darjah satu sampaila tahun satu kat universiti kat Malaysia, tak pernah rasa syok belajar bahasa Inggeris..

Kalo dulu rasa malu2..sekarang tidak lagi..walaupun baru satu kelas, confident level pon dah start naik..wpun cakap tak berapa nak betul tapi ia proses yg berterusan, bahasa bukan boleh kita baca jer, kena communicate jugak..

Corak pembelajaran pon banyak kepada komunikasi dua hala..bukanla mcm kita dok dengar2 ceramah atau cikgu jer yg bercakap kat depan..kita pon turut diberi latihan untuk berkomunikasi dengan rakan2 yg lain yg rata2 bukan orang UK. Ada daripada Iran, Chile, Spain, China, Korea, Jepun dan lain2..kalo nak bercakap memang kena speaking english..cikgu dengar dan perbaiki sebutannya..

Corak pembelajarannya sangat menarik, tak sedar masa begitu pantas berlalu, sampai tak cukup masa dibuatnya..Insyaallah moga dipermudahkan urusan untuk menuntut ilmu ni..banyak betul dah lupa past tense, present tense, buat karangan dalam english..I wish masa SPM dulu teacher ajar mcm ni, kompem A1 english dulu..hehehe..Learning English is cool..and I start enjoying it..

2 comments:

anon suria said...

Dah lama tak jenguk blog asma....Enjoy your english class!

Asma said...

Thanks Su..Blog biasa2 je..takde yg menarik sgt..dulu mula2 dtg takde fb..blog jadi penghubung dgn fmly kat msia..dah berfb, tu yg jarang dah berblog..