Kisah Ramadhan day 1


Semalam sahur makan lauk sup ayam, ikan goreng dengan ulam2an je. First day berpuasa semangat nak masak macam2. Tengah hari tengok tv2 ada pulak chef Zailina masak nasi minyak. Puasa2 ni sedapnya tengok dia masak. 1st dish tak tau dia masak apa sebab bukak2 je tv dia dah masak 2nd dish nasi minyak. Tgk bahan2 yg diguna semua ada. Citer kat en somi. Nak masak nasi minyak la arini. Tuan besar mintak masak nasi ayam dgn ayam goreng berempah.  Tak nak lah, semalam baru makan sup, takkan nak masak sup lagi. Last2 masak nasi pilau je. Lebih kurang macam nasi minyak je resipinya cuma tak bubuh susu. 

Nasi pilau ke pilaf, hantam sajalah labu..

Gabungan mantap dengan nasi di atas ialah gulai daging, ayam goreng berempah, salad tomato juga sambal yang dicampur tomato.

Hajat nak masak kuih sejenis tapi en somi kata nak gi jenguk bazar Ramadhan kat kota fesyen. Kuih takyah buat kita beli je. Anak2 plak sibuk nak suh buat pizza. Oven takde la plak. Mengenangkan diorang gigih berpuasa, ingat nak oder online je pizza hut.

En Somi pon keluarlah ke bazar. Sekali dia telefon kata tapak bazar takde..wakakaka sabar jelaa. Haritu tengok banner kemain lagi sekejap kat mitc, kejap kat kota fesyen. Sekali satu pon takde. Dolu2 rajin gak pergi kat peringgit tak pun kat tmn cempaka tu. Keluar rumah pon dah pukul 6. Takde maknanya nak ke bazar. Mesti sesak punye. Dia pon singgah Pizza Hut dan KFC kat Ayer keroh. Sorang nak pizza, sorang nak burger. Beli jelaa utk anak2. Pastu singgah gerai tepi jalan kat muzaffar height. Ada agar2 kopi, tu jela beli bwk balik 3 ketul. Gambar takde sebab dah ngap masa berbuka. Semalam buka mkn burger dgn pizza je, so penat makcik masak byk2, buat mkn sahur je. 
Itu jela menu semalam. Selamat berpuasa semua.

1 comment:

Sufi Al-Arshadiy said...

Nak sepinggan nasik pilaf! ;) tak penah rasa. Selalu tgk kt tv je. Dan tak gigih jgk nak memilaf takat nak makan sorang atau berdua...hehe..