Dah nak raya ke..

Wahhhh semangat korang yer..masing2 dah tayang kuih raya, baju raya..dah kemas2 rumah, dah susunatur. Dah 16 hari berpuasa. Ahkak hari2 pening nak pikir nak masak apa tuk berbuka. Kalo boleh taknak en somi keluar beli. Ingatkan orang ppuan je yang tak leh tahan nafsu membeli. Orang lelaki pon sama je. Sebeban bawak balik makanan. Tak habis pon. Anak2 kalo tak sedap takdenya nak makan. Sesekali bolehlah beli kat bazar. Kadang2 rasa malas nak masak pon ada jugak..hehehe

Tahun ni tak rancang nak buat kuih raya. Oven pon tak terpasang lagi dgn keadaan dapur yang tak semenggah. Takde semangat nak baking tahun ni. Tapi tak tau la kot balik umah mak ani ke balik umah mak ros tiba2 aura nak buat kuih raya tu datang. Buat ramai2 dgn adik beradik ke ipar ke syok jugak. Yang tak syok bila ada handbag kecik ni. Plan macam2 nanti satu pon tak jadi. 

Baju raya recycle tahun2 sudah je. Sebab banyak beli blouse dgn jubah. Baju kurung jarang sangat pakai, elok je tersusun dalam almari. Baru ambik basuh sebab lama dah tak pakai. Yang tak muat semua dah bungkus sedekah. Baju anak2 pon dah settle awal2 sebelum puasa haritu. Anak ramai memang plan beli sikit2 time sale. Kalo nak beli sekali arung, pengsan la encik ayah. Mana nak prepare  dengan duit raya lagi. Dah terbawa2 dengan lifestyle kat uk dulu, sambutan raya biasa2 je. Ada sepasang persalinan pon dah ok cuma tahun ni nak berziarah saudara mara, kenala prepare lebih. 
Sepatutnya tahun ni semangat nak sambut raya. Raya pertama selepas empat tahun diperantauan. Feel tu tak datang lagi. Tunggulaa sebab ada 2 minggu lagi kan..


Sekodeng jiran depan umah..

Dah pasang lampu lip lap lip lap.. Excited pulak tengok. Teringat jiran sebelah umah kat uk dulu. Caretaker sekolah. Umur dalam 50an. Bujang plak tu. Time chrismas memang penuh dinding depan umah dengan lampu lip lap lip lap ni..semua tinggal kenangan. Ingat nak beli juga lampu pelita pasang keliling umah..kasi semangat raya tahun ni ;)

Salam Ramadhan

4 comments:

NAS said...

Takpe2, jap lagi mood raye datang:-)

Fizah said...

seru semangat rayaaa...hihiii..ry mana thn ni kak?

Asma said...

Insyaallah tahun ni raya di jb pastu balik raya Melaka ;)

cik hani said...

sudah bermood raya..
cik hani tak prepare ape2 lagi