Organizing kids wardrobe

Lama tak cerita pasal organizing. Sejak terjebak dengan blog susunatur sioca, semangat nak unpack barang berkobar2. Dah nak setengah tahun balik, baru settle bahagian atas rumah. Tu pon ada few barang yang tak pasang lagi. Mood nak bertukang belum mai lagi. Buat sorang2 mananya nak siap. Nak tunggu en suami settle kan buku2, fail2 dia dulu. Bila dah clear, bolehlah makcik sambung keje2 organizing rak buku yg tertunggak tu.

Kotak2 yg dah pon clear, tinggal nak jual je



Hari ni nak cerita berkenaan dengan almari baju budak2 . Mula2 baju2 semua sumbat dalam satu almari. Memang pack. Almari pon almari lama, beli masa pindah Melaka tahun 2005 dulu. Along pon dah bising2 nak almari sendiri. Dia tido asing dengan adik2. Bilik dia pon kecik sikit, so, carila almari kecik utk dia. Almari memang tak sesuai sgt untuk dia sebenarnya sesuai untuk adik busu dia, tapi uminya belasah je beli. Besok2 boleh isi baju adik pulak. Yg penting praktikal dan senang urus. So, mari kita lihat almari baju mucip dan ijat.


Bahagian atas rak tu letak baju mucip. Dari kanan, baju tido dan juga baju melayu. Susun siap2 seluar kat dalam baju. Senang amik terus satu set baju. Bahagian tengah plak letak tshirt2 dan sebelah kiri seluar panjang. Sama juga untuk ijat cuma dia punya belah bawah. Kemeja2 jarang pakai sangkut kat hanger sekali dgn baju sekolah. Terselit gak baju pj sebab senang nak amik pakai time ada pj. Takdela diorang susah2 nak cari. Ada tengok satu blog, dia susun baju dalam kotak. Rasa macam nak makeover buat camtu gak. Sebelah kiri yang tertutup tu dulu letak baju along, la ni dah pindah masuk almari dalam bilik dia, so letak baju adik busu. Belum organize lagi. Nanti dah siap baru boleh tepek gambar. Dalam drawer pon lupa nak amik gambar. Next projek la.




Ni la almari along, macam tak sesuai je dgn jiwa remaja dia tu. Tapi dia takde complain apa pon. Janji ada almari dalam bilik dia sendiri. Susah tau budak perasan dewasa ni, nak bilik sendiri, nak almari baju sendiri. Konon dah besar sangatla tu, taknak sharing2 dah dgn adik2 ni.





Simple je susunan dia, senang anak bujang nak urus. Baju melayu, baju kemeja dan baju sekolah, kite hanger je. Kat rak bahagian atas letak baju tidur dgn underware dia. Patut letak dalam box baru kemaskan. Rak kedua plak letak tshirt2 , manakala rak bawah letak seluar2. Itu aje, senang kan urus baju budak2 laki ni. Tapi percayalah, cantik kemas tersusun bila umi kemas, kalo tak lintang pukang jugak, bercampur aduk bila tak kena angin diorang memilih baju. Tips dia masa nak susun kain tu kemas2 la skali, pastu kena pastikan pintu bilik tertutup rapat sebab ada sikecik yg rajin sangat nak tolong kemas.

7 comments:

jaja_NorLiza said...

sy mmg fail bab susuatur wardrobe ni... sy pening tgk baju2 yang selambak! huhuuukena rajin cam awak ni!

Asma said...

Kain baju ni memang kena paksa diri rajin kalo tak mulala, lepas sorang..sorang jerit tanya, mana seluar, mana baju melayu..letih nak mlayan.

Fizah said...

ouchh i like susunan baju yg dah dilipat tu...sama je saiznya..kemas!!

kotak2 gmbr first tu nk jual katne kak?

pastu terperasan rak buku blkg kotak tu...bila nk cerita? ahh...sibuk je saya ni kan...;)

Asma said...

Fizah: kotak2 tu jual kat lori yg selalu pusing area taman ni. Rak buku tu dalam proses, tunggu en somi settlekan bhgn dia dulu, baru boleh reveal, tungguuuuu

UMIE SUE said...

Sukeeeee..su tgok

Asma said...

Tq umie sue :)

intandayani said...

tq kak share idea organising..will join the team..