12 weeks 3 day..


Yup..i'm now 12 weeks and 3 days pregnant..ini merupakan kehamilan yg ke4..walaupun dah 3 kali merasa pengalaman mengandung dan melahirkan..tetap ada perasaan berdebar2 dan takut..Alhamdulillah..setelah mengalami morning sickness yg agak teruk bermula minggu ke 6 kehamilan sampaila ke minggu ke10..dengan muntahnya2nya..dengan peningnya..sakit kepalanya..sekarang dah makin berkurangan..walaupun masih ada lagi simptom muntah2 tapi taklah seteruk sebelum2 ni..

Harini ke Hospital Rotherham untuk 1st scan..kebanyakan org2 melayu yg lain pilih Hospital Sheffield utk bersalin..tapi memandangkan Hospital Rotherham jaraknya lagi dekat dengan rumah lebih kurang 10 min berbanding nak ke bandar yg makan masa lebih kurang 20 min..di tambah dengan keadaan lalulintas yg agak sibuk..maklumlah kwsn bandarkan..eloklah pilih yang lebih mudahkan..

ni nak share sikit info minggu ke 12 kehamilan:-

Menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.
Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.

Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

Hasil dari scan tadi, panjang baby cuma 6 cm..midwife pon kata kecik..huhu jantina masih tak dapat dikesan..saje je tau diorg ni..nak wat kite tertunggu2 sebab kat sini sonographer yg scan bukannya Dr..kalo kat Msia, 3 bulan je dah kompem tau..its a boy..terang lagi jelas nampak..pengalaman 3 anak yg dulu2 ler..kat sini kalo nak tau kenala tunggu scan yg 20 weeks tu..tu pon diorg takkan bagitau kalo kita tak tanya..privacy masing2la katanya.

Appointment harini makan masa sejam jugakla..mula2 scan..dalam 5 min jer..pastu tunggu jap baru boleh jumpa midwife..mcm2la dia terang tadi..pastu amik darah and urine utk test..prosedur biasa mcm pregnancy yg lain2..pastu dia bagi date utk appointment 20 weeks. Tak selalu jumpa midwife sebab bukan 1st pregnancykan..layanannya pon tiptop mcm hospital swasta kat Msia..




Macam mimpi pon ada bila tengok gambar scan ni..maklumlah Ijat dah nak masuk 5 tahun..dah lama sangat takde anak kecik ni..seronok tengok baby dalam perut..berenang2 dalam perut umi..terkadang terpikir juga kawan2 yg masih belum ada anak walaupun dah beberapa tahun kahwin..insyaallah masa korang akan tiba juga suatu hari nanti..teruskan berusaha dan bertawakkal pada Allah.

3 comments:

++Mr N and Mrs N++ said...

eiii As..tahniah tahniah..dpt kelahiran UK lah nampaknya..ole2 dari sana hehe..
Semoga selamat melahirkan..mak & baby sihat hendaknya Amin :)

Asma said...

Thanks ber..Insyaallah

NADIA NAZRI said...

hope its a gurl..lalala