Suatu ketika dulu, bila tiba musim bunga dan musim panas, aktiviti wajib kami setiap hujung minggu adalah menghabiskan duit di carboot.
Bila bawak anak2 wajibla tiap2 sorang dapat habuan masing2. Kalau 3 orang, bermakna 3 mainan. Bayangkan kalau setiap minggu pergi carboot 4 x3 dah 12 jenis mainan. Maklumlah bila tiba musim sejuk, stay dalam rumah je, mainla mainan2 yg di beli waktu summer dulu. Hitungla pula tempoh masa tinggal di sana 4 tahun. Pengsan bila tgk mainan2 ni. Waktu packing nak balik dulu pon dah banyak sort out. Buang mana2 yang dah cacat, pecah dan patah. Masa ni mulala mencari2 idea macam mana nak simpan mainan2 ni semua. Tercetuslah idea guna storage box di entry ni
Memandangkan ramai yang masih mencari2 cara nak simpan mainan anak, maybe boleh guna utk barang lain jugak. Harini nak share sikit idea2 yg boleh diguna pakai. Sebenarnya hajat di hati nak beli rak berlaci macam ni. Sangat berkenan, siap dah beli 2 box besar kaler merah. Malangnya hajat tak kesampaian. Kena tunggu pergi ikeala baru boleh merealisasikan impian lama ni. My friend beli rak macam ni je utk susun kain baju anak2 dia. Nmpk menarik. Boleh juga buat extra storage kat dapur buat yang takde kitchen kabinet macam akak ni. Multipurpose you.
Ini ada satu lagi idea yang boleh digunakan, selain storage, juga extra sitting. Atas tu boleh juga susun toys2. Tapi jenis berlaci juga. Ada mcm2 kaler, pink, hijau, birch juga putih.
Yang ni pon sesuai sangat dan lebih murah. Cuma materialnya lebih soft dan kecik sikit.
Semua ni dari Ikea, boleh tgk website nak lagi puas hati, pergi terjah ikea. Happy organizing ;)
6 comments:
idea yg bagus kak! =)
suka organizer yg 1st tu...memang sesuai la tuk buat simpan mainan anak....
Yg hijau putih tu cantek kak.. :-) how i wish kat mlysia ni ada trend carboot sale/garage sale jgk. At least blh clear out brg2 yg dah jarang pakai tu sambil2 dpt duit ckt. Fun kan. Hari tu kitorang pindah try la buat bootsale mcm ni jgk..tp via facebook. Pastu kena kutuk la konon2 kitorang berlagak mcm org kaya tanak simpan brg2 lama...hhahaha...apapuntakboleh.
Akak pon banyak barang nak clear ni, maklumlah bercarboot sakan kat sana, bila balik takde tempat nak letak dah jadi clutter. Biasala orang msia tak biasa dengan bootsale2 ni, itu yg keluar komen mcm2 tu. Budaya kita tak biasa pakai secondhand2, semua beli baru..umah akak ni pon kebykan beli used item, janji hati suka, rumah cantik, tak hutang keliling pinggang..kalo dgr org lain mmg apa pon x boleh...ngeheeee
Kutuk-kutuk pun havis jgk kak semua barang yg saya let go dulu tu...licin. Hehe...eh akak buat la online bootsale kak. Via fb/blog. Laris juga saya rasa kak..nanti kalau buat bagitau ek...hehe
Ada juga terfikir nak jual kat blog atau Fb. Baru suruh adik jual preloved baju2 dari uk. Yg elok dan jarang2 pakai. LepAs ni maybe boleh jual barang2 kaca plak. Still dalam kotak, tunggu ada masa..umah pon tak settle2 lagi ni.
Post a Comment