Abu Dhabi - Masafi - Fujairah - Sharjah
Negara UAE kalo terlihat dalam peta tidaklah besar mana. Perjalanan kami ke Fujairah antara negeri belah utara UAE hanya memakan masa kurang dari 3 jam. Fujairah, bandar bersempadanan dgn negara Oman.
Memandangkan kami tinggal tak lama kat negara ni, kesempatan musim winter kami penuhkan dgn aktiviti2 jalan2 sekitar UAE. Nama je winter, tapi kejap je sejuk beranginnya antara nov-jan. Masuk je bulan feb, bahang panas pun dah terasa.
Kami tak beli pun kete kat sini, kalau dekat2 biasanya amik teksi je. tapi utk perjalanan jauh macam ni kami sewa kereta di Europa Car kat Maziyat Mall. Harga sewa dalam 65-75 dirham sehari. Perjalanan 2 harini isi minyak tak sampai seratus pun pergi balik. Nama stesen minyak pun pelik2. takdela shell ke Bp ke yg paling banyak jumpa adalah Adnoc. YG penting sama mcm stesen minyak kat msia ada minimart, toilet juga surau.Tu pun jauh2 stesen minyaknya. Nak berjalan makesure isi minyak penuh2.
Perjalanan ke Masafi makan masa sejam setengah jer.
Kami singgah solat Jumaat di salah satu masjid di Masafi
Masjidnya kecik je tapi sangat selesa. Bacaan masa solat pun Subhanallah sungguh merdu. Mak Jemah duk tunggu orang lelaki solat jumaat pun khusyuk dgr bacaan Imamnya.
Selesai solat, kami singgah ke Masafi friday market. Nama je friday market tapi hari2 pun bukak. Antara kedai2 yang ada, kedai karpet, periuk belanga, gerai buah-buahan juga nursery pokok2 tanaman.
Penjualnya tak friendly langsung. Kalo tak beli kat kedai tu diorang tak bagi parking depan kedai. dihalaunya kami tak bagi parking dpn kedai. Sabo jelaa. Memandangkan sakit jiwa dgn penjual yg awal. kami singgah beli karpet je dua bidang. Alang2 dah berjalan ke sana takkan taknak beli apa2 kan. Tu pun macam kena paksa je suh beli brg diorang. Nasib baikla en suami dah biasa deal dgn penjual2 tegar ni. harga kami dapat 3x ganda murah dr harga awal diorg nak bg. Cekik darah betul. hati2 yer, kalo taknak beli jgn pandai2 nak tawar2 harga. tak macam Msia, tawar2 tak beli pun tak apa. Makesure korang dah survey awal2 apa yg nak beli, dah tau harga paling murah boleh dapat. Kalau tidak senang2 je diorang add up price.
Dah kelaparan kami singgah jap pekan kecik Masafi. Konon nak tgk pergunungan air mineral masafi tapi tak jumpa ceruk mana ntah. tiba2 nampak restoran nasi mandhy. So singgah lunch. Pic makanan takde plak, ada dlm hanset en suami. Tapi puas hati makan satu family dalam dulang dgn ayam sekor, salad, sup total cuma 40++dirham je. Sedap menjilat jari. Rasa sebijik nasi mandhy kat Palmyra masa duk UK dulu. Terubat rindu.
Dah kenyang kami teruskan perjalanan ke Fujairah. Sejam lebih je dah sampai hotel penginapan kami. Al Diar Siji hotel Fujairah.
Pemandangan dari bilik hotel, sekitar bandar kecil Fujairah. Petang tu kami pusing2 bandar, lepat jap tepi laut @ corniche Fujairah n cari tempat makan dekat hotel.
Sekitar Fujairah, esoknya check out terus ke Sharjah. Perjalanan makan masa 2 jam sebab terstuck dalam jem kat bandar Sharjah. Kebetulan hari cuti, kete banyak n trafik light. jenuh nak tunggu satu2.
So, bawah ni gambar pemandangan sepanjang perjalanan dari Fujairah ke Sharjah.
Antara masjid2 sepanjang perjalanan rupa semua sama je semua.
Sampai je Sharjah, nampak university of Sharjah dulu. Antara Universiti yg paling bagus kat UAE ni.
Pusing2 bandar last2 kami stop kat Blue Souq je. Kedai pun banyak tutup sebab sampai dalam pukul 2. diorang bukak 4pm. sempatla snap dr luar jer. Settlekan solat semua and duduk lepak makan dekat dpn souq ni.
Dah rehat kejap kami pun continue perjalanan ke Dubai. Singgah Global Village Dubai sblm balik semula ke Abu Dhabi. Cerita kat Dubai kalau rajin adalah. ni pun jenuh nak menaip n susun gambar.
Thank You for reading.
adios amigos :)