Kisah raya kami

Selamat hari raya semua..nak masuk seminggu dah syawal. Dah hilang dah semangat nak raya bagai. en somi cuti hari rabu je, sehari sebelum hari raya.. sabo je akak. minggu ni, isnin dah masuk keje mcm biasa. taknak bazirkan cuti, konon2 nanti nak travel present paper ke pegi conference ke..huhu. bosan dok umah. jiran sekeliling pon sunyi sepi. maklumlah cikgu cikgi semua cuti 2 minggu. masing2 hoyeh2 kat kg lagi. ada yg stuck dalam jem ke? alhamdulillah akak tak terlibat sgt. maklumlah raya 1st akak kat jb. hari selasa ptg bertolak balik sana. Lalu lintas lancar je. Orang semua pakat dah ada kat kg la kan. Orang balik kampung, akak balik bandar. 

 Raya kali ni tak balik kampung sebab mak ani raya kat jb tahun ni. Atuk nenek belah abah dah takde. Tapi sepupu sepapat memang balik umah mak sedara kat besut. Adik beradik abah ramai, kalau semua balik memang meriah yang amat. 

Tinggal wan je belah mak ani. Wan dah dok jb 3 bulan sebelum puasa dah balik tanah merah balik. Kitorang pon dah 2 kali balik tahun ni. Tak syok sebab adik beradik semua raya kat jb. Tinggal kak long je raya kat wakaf stan. Tiap2 tahun pon raya sana dulu.

Mak ani masak nasi minyak, makan dengan rendang.. buat jugak nasi impit kuah kacang. Plan asal nak buat nasi dagang tapi ada tetamu luar nak datang, takut diorang tak biasa plak makan nasi  dagang ni. Raya kedua balik Melaka balik. Highway sesak gak, tapi lepas je area batu pahat trafik lancar jer. Raya umah mak ros pastu ziarah la sedara mara belah suami kat area Melaka ni. 

Raya tahun ni biasa2 je. Yang tak syok, kamera rosak ptg raya tu. Baru ingat nak share gambar hari raya dengan korang..huwaaa. 

Di kesempatan ni, tak terlewat rasanya nak ucap Salam Lebaran buat korang2 semua yang sudi baca blog akak ni. Mohon ampun dan maaf kalo ada gaya penulisan yg menyinggung perasaan korang yer. 

1 comment:

Komen anda