Wahhhh pejam celik dah hari ke7. Cepat sungguh putaran masa. Lambat nak panas enjin berblog bila dah stop. Balik umah mak ani Jumaat lepas. Syiok habis. Berkumpul ramai2 adik beradik. Malam Sabtu semua ada. Mak Ani masak nasi kerabu. Tapi makan tuk sahur. Lambakan makanan dari bazar Ramadhan. Kalo dah sorang2 balik bawak makanan, kami beli nasi lemak dgn nasi beriani serta kuih muih, beli sikit2 je. Pastu Kak Long bawa nasi ayam dgn lontong kering, Yaya beli karipap dgn donut dari gerai kawan dia. Abahnda plak beli menu wajib murtabak daging, laksam, cendol juga pulut panggang. Seronok agaknya tengok kesembilan anak2 semua ada tahun ni. Rasa cukup lengkap walaupun abg ipar takde bukak kedai makan, tokei mesti tunggu kedai. Adik ipar plak balik tanah merah, berpuasa dgn family kat sana. Jauh sangat, laki dia plak sibuk, minggu depan baru boleh ambik dia kat sana.
Gambar memang tak ambik sebab dah syok sangat bersembang sesama adik beradik. Blog pon tak terusik. Meriahnya dah macam hari raya. Malamnya solat maghrib, insya' juga terawih bersama2. Tradisi sejak sekolah rendah masih lagi diteruskan. Maklumlah adik2 berderet kecik2 masa tu, mak ani memang tak berkesempatan nak berjemaah di masjid. Tiap2 tahun kat rumah aje. Ni di tambah pula dengan cucu2.
Sebelum balik hari Ahad haritu, Mak Ani sempat buat fruit cocktail kastad. Memang antara favourite food yang dapat demand yang tinggi bulan puasa juga hari raya.
Air tangan ibu. Memang takleh lawan. Resipi ni lain sikit sebab di perbuat daripada fresh milk. Susu dicampur telur, gula, tepung kastad, air dan dimasak atas api yg perlahan sampai pekat. Pastu dicampur kuih agar2 yang disagat juga fruit cocktail dalam tin tu. Yummiehh. Selalu buat dulu kat UK, tapi derhaka kat resipi sebab campur esen vanila sikit nak bagi wangi. Kalo frozenkan kuahnya dah rasa mcm aiskrim vanila. Sedap sangat i tell u. Biasanya fruit cocktail guna susu cair. Rasanya tak sama, yg ni lagi berlemak dan berkrim. Tryla buat dan rasa kalau tak percaya..hehe dah ada menu untuk berbuka hari ni kan.Thanks for reading ;)
aritu mamilisa buat puding cocktail biasa je..takde berkuah camni..cam best lagi jeh..:)
ReplyDeleteBerkuah mcm ni sedap, lagi2 time puasa panas2 ni :)
ReplyDeleteIsh mak masak apa semua sedap kan...tambah pulak adik beradik ramai lagi meriah...puding koktail letak fresh milk dgn telor tak penah buat kak. Telor tu masak sekali ke caner? Biasa masak susu cair dgn gula & kastard je...bagi la resipi kak ;)))
ReplyDeleteBahan2 anggaran je ni sbb jenis main campak2 je. fresh milk satu kotak, gula secawan, tepung kastad suku cawan, telur sebiji je cukup, campur semua sekali, kacau2 sampai larut, kalo tak... jadi koktail telur plak, dah larut baru on api. Masak atas api slow sampai mendidih tapi kena sentiasa dikacau..jgn tinggal plak..pastu tutup api, teruskan mengacau supaya tak berketul2. Biarkan sejuk baru masukkan dlm peti. Kalo pekat sgt atau manis sangat campurla air sikit, tambahla mana2 yg patut kalo tawar tambah gula lagi..hehe, silala buat experiment ni ;)
ReplyDeletenampak menarik dan sedap je.. :)
ReplyDelete