Syukur. Masih lagi berpeluang merasa berpuasa bulan Ramadhan kali ini. Teruja juga buat kali ini selepas 4 tahun berpuasa di perantauan. Kenangan yang pastinya tak luput dari ingatan. Tahun ni, puasa di UK jatuh pada musim summer. Subhanallah 19 jam lamanya. Bertabahlah sahabat. Moga kalian diberikan kekuatan mental dan fizikal. Tahun lepas pon kami sempat merasa lamanya berpuasa di sana. Tapi takde la rasa lapar sangat cuma letih dan kehausan. Insyaallah ganjarannya juga lumayan.
Tahun ni pastinya rindu akan aktiviti bertadarus bersama rakan2. Banyak improve bacaan al-quran juga khatam quran disana. Juga tazkirah dari Dr engineering yang sungguh mantap dan membina. Santapan rohani buat kami. Jemputan berbuka tiap2 minggu dengan juadah yang sungguh enak dan beraneka jenis. Takde bazaar Ramadhan pon tak terasa di sana. Alangkah wasatiahnya kami disana. Sungguh bersederhana. Harapan Ramadhan kali ini agar kami terus bersederhana.
Salam Ramadhan al mubarak buat semua. Maaf dipinta sekiranya ada entri2 yang mengundang rasa kurang enak. Niat hanya untuk berkongsi. Moga sama2 mendapat manfaat.
Harapnya Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.
3 comments:
subhanallah...hebat! Smg Allah merahmati kalian di perantauan..aamiin
Diperantauan ukhuwah lebih terasa rapat. Bila ukhuwah rapat nak menjalankan ibadah pun terasa manis. Update la menu berbuka dan sahur tiap2 hari kak,boleh kasi idea utk kita rotate menu...hehe
Rapat sebab Merekalah saudara mara di kejauhan..Susah senang bersama. Insyaallah kalo rajin nanti share menu2 :)
Post a Comment