Rak buku ni dah beberapa kali kemas, tapi masih tak nampak terurus. Ada lagi beberapa kotak berisi fail- fail dan kertas kerja encik suami. Dia dah settlekan separuh, tinggal kotak2 kat bawah ni je. Dah berminggu makcik tunggu dia nak sort out semua kertas2 dia ni. Tengok sama je tak berusik, so, makcik pon terpaksala take over kerja yang separuh jalan ni. Rak buku ni beli kat kedai perabot je. Senang beli yang dah siap pasang. Makcik takde mood nak bertukang skrg. Harga rak ni rm 300 lebih. Makcik rasa mahal. Tapi okla, kayu macam kukuh sikit banding kalo rak yang beli kat giant ke mydin ke, janji boleh letak buku2, fail2 yang melambak ni. Makcik tak buang kotak pampers anak tu, yang elok2 simpan dulu. Nanti nak make over cantik2 macam korang buat tu, balut wrapping paper ke, balut dengan kain ke...nak pindah haritu, mmg buku2 semua masuk kotak pampers ni, sebab kotaknya kecik, so sgt sesuai utk isi buku2. Takdela berat sangat nak mengangkat.
Pic before
Pic after
Belah kiri atas tu semua fail2 family dan isi rumah. Dalam kotak tu, isi loose item mcm surat ke kertas yg perlu di sort out. Sebelah kanan majalah2 dan jurnal2. Yang bawah tu semua en suami yg punya kecuali yg belah kanan.. tu my novel & cooking collection. Rasa mcm byk cooking book, awat sikit naa ni...hurmmmm
Ni semua pakcik punya. Saja nak share laminator machine tu, beli kat tesco peringgit. Rm55.90 je. Nak laminate jadual kelas anak2. Si busu asyik koyak je barang abg2 dia. Sambil2 tu makcik boleh buat project labeling...nice kan..shredder tu beli kat carboot dulu sblm balik banyak dokuman2 penting nak buang, nak gunting satu2 xde laa makcik nak buat. Jumpa yg murah rembatla je, elok je guna. Baru 5 pound. Berbaloi..
terus google apa tu poang chair..ekeke..takmo jual ke? ahaa! ;p
ReplyDeletebtw, awat siap ada kotak pampers? mmg beli sekotak terus ke kak?
sy pun ada ruang mcm ni yg nk dimakeover..ahh..belum ada masa lagi..tp inspired with ur job! yeahhh!!
Mahal woo Ikea poang tu..akak beli 2nd hand je pastu yg lagi satu tu takde sarung. Nak kena jahit sarung dulu. Tu yg malas nak pasang lagi. Ni en somi yg beli. Akak tak berani nak jual..hihi akak ada bawak extra dining table dari uk. Yang ni mmg nak jual.
ReplyDeleteKotak pampers tu ada 2 bag pampers dalam tu, lagi jimat dr beli satu2. Alang2 kotak tu buat bungkus buku2. Semua ni hasil merantau dulu ;)
ahaha..saje je kak..mmg minat ngan poang tu tp kemain mahal..nti dulu ler...
ReplyDeletedining table kita dah ada dua kat umah kak..klu beli harus letak dalam bedroom gamaknya...;p
p/s sy kan dok la kunfius kak asma ngan ida homeliciuos pasal korang punya tema blog sama! selalu keliru ok...hehe ;)